Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menipu diri sendiri, jangan jadikan kami sebagai orang-orang yang rakus dengan dunia, jangan kau jadikan segala kenikmatan menjadi pemberat langkah kami untuk menuju jalanMu. Jadikan kami sebagai orang-orang yang kau selamatkan dari tipu daya dunia. Jauhkanlah kami dari kemalasan, kebakhilan, kesombongan, ujub, riya’, sum’ah, ketakutan, kongkongan hutang dan finah manusia. Jadikan kami kuat di hadapan manusia, walau kami tahu lemahnya kami di hadapanMu
Showing posts with label Pemulihan. Show all posts
Showing posts with label Pemulihan. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Penilaian Khas

Alhamdulillah....

Syukur kehadratNYA akhirnya aku terpilih dalam kelompok penilaian khas...

Apa itu Penilaian Khas?


Dalam mempertimbangkan pelantikan ini, SPP telah membuat 
keputusan bahawa sejumlah 2,791 graduan cemerlang yang 
memperoleh CGPA 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan A- dalam 
Praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemu duga 
untuk pelantikan tetap. Mereka yang terdiri daripada 1,601 graduan 
IPTA dan 1,190 graduan IPGM hanya perlu menjalani sesi penilaian 
khas yang akan dilaksanakan oleh SPP.



Sepanjang 3 fasa berpraktikum di dua buah sekolah di Selangor, bermacam-macam dugaan dan ujian bg menjayakannya...alhamdulillah dgn berkat bimbingan pensyarah pembimbing dan tunjuk ajar seluruh warga sekolah sepanjang menjalani praktikum...akhirnya,aku dpt tempuhi dgn jayanya.

Kenangan yang paling tidak dapat kulupakan...iaitu semasa praktikum fasa 3. Dengan masalah politik di sekolah dn berbagai tugasan selain tugasan praktikum amat meletihkan dan memenatkan. Tapi di situ aku belajar, belajar untuk mengurus masa dengan sebaiknya.

Pada hari terakhir, aku dinilai oleh pensyarah pembimbingku..Beliau memberitahuku markah yang aku perolehi. Alhamdulillah aku dapat A- tp dalam hatiku..aku masih tidak berpuas hati..aku mahu A

Aku terus berjumpa dengannya dan menyatakan kepadanya kenapa aku harus A. Dengan bukti dan alasan yang sangat2 memberangsangkan..akhirnya aku berjaya dapat A....alhamdulillah.

Pointerku tidak sehebat rakan2ku yang lain.kadang kala aku rasa rendah diri dengan shbt2 ku yang pandai2 belaka..tp aku akur, kadangkala kesibukan diriku menguruskan pelbagai acara dan majlis kadangkala memaksaku untuk tidak hadir ke kuliah..ahh alangkah ruginya..:(....tp aku terpaksa memilih..kuliah ataupun amanah...aku selalu bertawakal dan berserah kepadaNYA 100% dalam membuat keputusan.

Dan yang paling penting..kebergantungan yang tinggi kepadaNYA akan membuahkan hasil.Jika kita betul-betul amanah dalam menjalankan tanggungjawab, insya allah, allah akan hadiahkan sesuatu diluar jangkaan kita..

Saya dapat rasai nikmat itu..alahmdulillah..terima kasih ALLAH.

Buat adik-adikku 12 orang yang dapat penilaian khas..tahniah ye..:) dan 7 orang dapat interview juga kuucapkan tahniah..korang mmg hebat..^_^..insan-insan terpilih sahaja yang dapat.

Dengan jalan yang mudah ini..sama-samalah kita berazam untuk menjadi seorang guru Pendidikan Pemulihan yang dedikasi dan bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa kita kelak..

Selamat menunggu keputusan posting pulak..:)


salam ukhwah fillah,

Tuesday, January 29, 2013

R.I.N.D.U

Bila gambar berbicara

rindu
satu ketika
di
IPG KBM

Moga ukhwah yg terbina kekal sampai syurga

luv u all



Pensyarah-pensyarah di IPG KBM


VIVA Kajian Tindakan..donat o donat..:)

Adik beradik 5thn setengah...insya allah 4eva..
uhibukifillah 

salam ukhwah fillah,

Tuesday, March 6, 2012

Pidato o Pidato...

Tugasan semester 6...

~my beloved lect..cik ct salamah~


~juri jemputan~Dr.Supian
~Persiapan~




 ~menunggu giliran~


 ~penjaga masa yg setia~



salam ukhwah fillah,

LINUS Literasi


KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

KONSTRUK 1
Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan
KONSTRUK 2
Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka
KONSTRUK 3
Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka
KONSTRUK 4
Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup
KONSTRUK 5
Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup
KONSTRUK 6
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’
KONSTRUK 7
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
KONSTRUK 8
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vocal berganding
KONSTRUK 9
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraph dan konsonan bergabung
KONSTRUK 10
Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran
KONSTRUK 11
Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah
KONSTRUK 12
Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan
SARINGAN 1

PENGUASAAN
PENEMPATAN
Konstruk 1 – konstruk 2
Kelas pemulihan LINUS
Konstruk 3 – konstruk 9
Kelas program LINUS
Konstruk 1 – konstruk 10
Kelas arus perdana

SARINGAN 2 / SARINGAN 3

PENGUASAAN
PENEMPATAN
Konstruk 1 – konstruk 2
Kelas pemulihan LINUS
Konstruk 3 – konstruk 11
Kelas program LINUS
Konstruk 1 – konstruk 12
Kelas arus perdana

SARINGAN 1

SARINGAN LISAN
( SEMUA MURID TAHUN 1) à 1-28 FEBRUARI 2010

SARINGAN BERTULIS
( SEMUA MURID TAHUN 1) à 1-5 MAC 2010

SARINGAN 2
( UNTUK MURID TAHUN 1 YANG TIDAK MELEPASI SARINGAN 1

SARINGAN LISAN  à 1-31 MEI 2010

SARINGAN BERTULIS à 30 MEI- 4 JUN 2010

SARINGAN 3
( UNTUK MURID TAHUN 1 YANG TIDAK MELEPASI SARINGAN 2

SARINGAN LISAN  à 1-30 OGOS 2010

SARINGAN BERTULIS à 1-3 SEPTEMBER 2010


salam ukhwah fillah,

Sukatan pelajaran Pemulihan Math dan BI


LINUS Numerasi

Sukatan Pemulihan Math dan BI


salam ukhwah fillah,

Monday, March 5, 2012

kelas pemulihan SK DJ 2













salam ukhwah fillah,

Progress MQA

~di sebalik tabir~


~apa yg penting kerjasama~


~faiz dan shahril yg sgt komited~


~penyelaras MQA yg sgt dedikasi~pn mages


~kepenatan..tp amanah harus dipikul~



~serius..berbincang pasal fail~





semoga ALLAH mudahkan urusan kita semua....

salam ukhwah fillah,

Saturday, May 14, 2011

Exam Mei 2011

Dapatkan jadual exam Mei 2011 di sini


salam ukhwah fillah,

Friday, April 29, 2011

20 MEI?

20 Mei?
Ada apa ye?

Tarikh genting...
tarikh tutup
untuk submit portfolio

kepada kawan2..
pemulihan khas..
chaiyok2...
anda boleh!!!

kita jgn korbankan cuti kita,
tapi
gunakan sebaik2nya masa yang ada
utk menyiapkan portfolio..

SEPTEMBER
bulan penentuan
antara LULUS atau GAGAL...

GO..GO...
sama2 kita berganding bahu
bekerjasama
jgn
ada gaduh2
terasa hati

kerana kita satu keluarga
PISMP 5F


salam ukhwah fillah,

Saturday, March 19, 2011

Selamat Menjalani Praktikum


kepada semua

sahabat-sahabat PISMP semester 5
ambilan Januari 2009

IPG Kampus Bahasa Melayu

terutama kepada semua
pelajar
PISMP 5F
major pemulihan khas...

nasihat su:

~jgn lupa wat RPH
~BBM mesti mantopp..
~sedia fizikal dan mental

tunjukkan anda bakal guru pemulihan yang terbaik.
insya allah.

Insya allah,jumpa kalian 18April ni...berkongsi cerita suka duka sepanjang di sekolah..

GOOD LUCK
AND
TRY UR BEST!!!!!!

salam ukhwah fillah,


Sunday, February 20, 2011

checklist to practical remedial teacher

Bahan-bahan BBM

  • mesin laminate
  • kertas laminate
  • elephant board
  • mounting board
  • kad daun terup
  • kertas warna
  • foam board
  • white board marker
  • plastik buku
  • cutter
  • vekro
  • gam stick
  • gam UHU
  • saletep
  • double sided tape
  • kad manila
  • gunting
  • water colour
  • puncher
  • pensel warna
  • blue tack
SENARAI BBM

  • kad suku kata
  • kad perkataan
  • kad bergambar
  • kad nombor
  • kad domino
  • kad vokal
  • roda impian
  • kad colek
  • kad sisip
  • kad konsonen
  • dam ular
  • ekonomi token
  • dan lain2..mengikut kreativiti...

RUJUKAN PRAKTIKUM

  • Kamus dewan
  • kamus tatabahasa
  • kamus BI
  • Buku panduan pemulihan Khas
  • Buku tingkah laku
  • Buku pengamatan
  • Buku RPH
  • KSSR
  • Sukatan pelajaran pemulihan BM dan Math
  • Falsafah pendidikan
  • Contoh2 buku latihan
  • Contoh2 ujian diagnostik
  • Buku contoh2 aktiviti

Thursday, December 30, 2010

KEHIDUPAN


Kadangkala kehidupan sungguh memenatkan,mengelirukan
Kadangkala kehidupan sungguh menyeronokkan,mengasyikkan

Hingga kulupa tentang kehidupan yang HAKIKI
yang bakal kutempuhi keseorangan
tanpa ditemani insan tersayang malahan keluarga tercinta

Ku takut,
Ku gerun,
Ku gementar,

Hanya mampu kulakukan 3 perkara penemanku sepanjang di SANA
Doa anak yang soleh,sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat...

Moga kerjayaku sebagai seorang pendidik dapat membantuku ketika di SANA...