Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menipu diri sendiri, jangan jadikan kami sebagai orang-orang yang rakus dengan dunia, jangan kau jadikan segala kenikmatan menjadi pemberat langkah kami untuk menuju jalanMu. Jadikan kami sebagai orang-orang yang kau selamatkan dari tipu daya dunia. Jauhkanlah kami dari kemalasan, kebakhilan, kesombongan, ujub, riya’, sum’ah, ketakutan, kongkongan hutang dan finah manusia. Jadikan kami kuat di hadapan manusia, walau kami tahu lemahnya kami di hadapanMu

Wednesday, June 6, 2012

5 tahun dah?....




16 Julai 2007
Ak mendaftar di sini
di dewan zaaba
bersama puluhan rakan2ku yang lain

Hari ni...
dataran yang dlu sgt dibanggakan
telah hilang ditelan zaman

Bangunan baru mengambil tempat..


Dah 5 thn rupanya...

tinggal lagi 6bulan
untuk menghabiskan sisa-sisa pengajianku di IPG
bersama teman-teman seperjuangan
jatuh bangunku
bersama kalian

Menanti tibanya Dec 2012
sanggupkah ak hadapi
yang dinamakan perpisahan..
yang akan mengundang seribu satu kesedihan yang teamat

aahh...
habiskan dlu
kajian tindakan a.k.a thesis

:((((((


salam ukhwah fillah,

Adab menjemput...^_^


As salam...

Tajuk POST kali ni mcm mengancam kan....takde kena mengena ngan saya...cuma sy terpanggil untuk membicarakan  ttg trend menjemput untuk menghadiri majlis perkahwinan atau majlis kesyukuran..

Situasi 1:

Apa yang saya perhatikan sekrg ni..trend menjemput melalui fb semakin POPULAR...

create event: Jemputan ke majlis perkahwinan........
masa          : 11-5 ptg

dan tag/invite semua kwn2 fb....tak lupa juga upload gmbr kad dan plan lokasi....

Situasi 2:

Satu kad satu kelas....(Wakil kan..)

Situasi 3:

Sms atau telefon..

Situasi 4:

Pos kad kawin

Situasi 5:

Pergi ke rumah, bagi kad dan jemput secara formal...:)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
shbt2 semua...yg mana jadi pilihan?...tepuk dada ty selera..hehe....bg saya...situasi ke 3,4 dan 5..lebih elok dan bersopan..kalu tak pergi rasa mcm lain sgt2....kan2...

Persoalan yang timbul....jemputan itu secara bersungguh2..atau ajak2 ayam sahaja ??...jika kita nak sgt shbt2 kita hadir ke walimah kita...jemputan pun kenalah 'high class' la kan..

Hikmahnya:
Kehadiran mereka insya allah akan memberi seribu satu keberkatan dan yang paling penting doa drpd tetamu2 yg hadir itu..mudah2an dapat memberi cahaya dalam kehidupan berumah tangga kelak...

Walaupun hal ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak..namun..jgn dibiarkan perubahan teknologi sering menghambat ukhwah yg terjalin sekian lama...

saya tertarik dgn kata2 ustaz zaharuddin dlm FB nya..yg saya petik dalam blog shbt SHAMS sy dlu

"Jemputan majlis perkahwinan melalui aplikasi 'invite' dan 'tag' nama TIADALAH mencukupi utk dianggap satu jemputan yg mesti dipenuhi (kecuali uzur) sbgmn anjuran Nabi. Selain terasa begitu 'sampingan' & tidak seriusnya penjemput. Eloknya, jika nak guna fb juga, tujukan jemputan guna message, tulis nama individu yg dijemput & picture kad utk detail. Itu boleh diterima.."




Nak guna laman sosial boleh..tp lebih manis sekiranya...kita one to one ngan shbt2 kita....spt..sms ke inbox dia or email ke...tak ke shbt2 kita rasa lebih dihargai....

Tak salah nak create event kat FB..tp utk shbt2 yg special...tak kan kot nak jmput guna event kt FB gak or hantar kad wakil satu kelas....
Tak salah kta spent masa skit..utk shbt2 special ni...bg kad, or sms dan telefon....


-Sebagaimana kita bakal digelar raja sehari pada hari itu sahaja, itulah juga kali pertama dan kali terakhir mungkin kita meraikan dan berkongsi kegembiraan dengan orang yang di jemput, begitulah dengan orang yang telah diundang ke majlis tersebut...itulah kali pertama dan kali terakhir mungkin dia memenuhi undangan kenduri kahwin kita dan itulah kali pertama dan kali terakhir mungkin dia menghadiahkan hadiah perkahwinan untuk kita...Maka apalah kiranya kita mengundang semua yang ingin diundang dengan penuh tertib dan adab...izuddin



Kepada bakal2 pengantin...take a note...walaupun bnda ni sgt2 remeh...

p/s: maaf jika ada sesiapa yg tersinggung...pendapat ini adalah pndpt peribadi berdasrkan pemerhatian yg berlaku di sekeliling....^_^


salam ukhwah fillah,

Wednesday, March 28, 2012

Doa

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menipu diri sendiri, jangan jadikan kami sebagai orang-orang yang rakus dengan dunia, jangan kau jadikan segala kenikmatan menjadi pemberat langkah kami untuk menuju jalanMu. Jadikan kami sebagai orang-orang yang kau selamatkan dari tipu daya dunia. Jauhkanlah kami dari kemalasan, kebakhilan, kesombongan, ujub, riya’, sum’ah, ketakutan, kongkongan hutang dan finah manusia. Jadikan kami kuat di hadapan manusia, walau kami tahu lemahnya kami di hadapanMu.


salam ukhwah fillah,

Friday, March 16, 2012

Kek Karemel

 Firstly...nk ucapkan ribuan terima kasih kasih kepada kak Azlita.. sifu yg online dan tuan punya blog kak ita...blog akak sgt2 membantu diri ini dlm mendalami ilmu masak-memasak...thanks all tips..




Resepi kek Karamel by kak ita

2 sudu besar gula pasir (sy rasa pasni guna 1 1/2 sb shj or 1 shj..sbb agak manis)

Sediakan loyang 8 inc. 
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan 
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan


Bahan Karemel
1/2 tin susu cair (suhu bilik gak)
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur (suhu bilik tau)

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )


Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air 
45ml minyak masak (minyak sayuran lebih baik)

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.(sy guna mixer je..tp yg plg slow)

Merinque  (sy blaja ni kt tv -masterchef)
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning (asingkan guna kulit telur,mcm kt masterchef tu,sgt senang)
70g gula castor (3 1/2 sb)
1 sudu teh krim of tar2 (fungsi dia mcm serbuk penaik,sy tak letak pun..ok je)

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda suka.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan (sabar ye...penat skit step ni..hehe)
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath (kt youtube ada...cuba cari)
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.(sy punya satu jam tp skit hangit..pasni mybe dlm 45 minit..guna api bawh je)
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.



p/s:..if kwn2 ada mslh or nk ty pe2..leh je..sama2 kta share mslh..if sy leh bntu..sy pun budak baru blaja...

Sunday, March 11, 2012

jom shake herbalife..F1 dan tea mix..

Alhamdulillah...

Akhirnya sampai juga F1 dan tea mix herbalife di baitul jannati...
Reaksi positif umi dan abah sgt2 memberangsangkan..
Bermula dengan tea mix kermudian shake herbalife..

Shake herbalife...

Saya blend dengan dua sudu F1 perisa vanila, 1 1/2 cawan air masak,2 biji pisang dan beberapa ketul kiub ais..

yummy..sgt2 sedap.

Tea mix..saya bancuh dgn 1.1Liter air...sy guna bekas tupperware yg besar tu..

Moga2...kesihatan kami sekeluarga bertambah baik dr hari ke hari...
Saya plan thn depan utk bw herbalife dlm my family tp kerana terlalu syg sgt2 umi dn abah..sy tak perlu tunggu lagi...thn ni sy dh pekenalkan...

Insya allah..bila dah kerja thn depan,sy akan support herbalife ni utk my family...insya allah

dan utk family baru saya nanti...^_^

~luv herbalife~




salam ukhwah fillah,