Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menipu diri sendiri, jangan jadikan kami sebagai orang-orang yang rakus dengan dunia, jangan kau jadikan segala kenikmatan menjadi pemberat langkah kami untuk menuju jalanMu. Jadikan kami sebagai orang-orang yang kau selamatkan dari tipu daya dunia. Jauhkanlah kami dari kemalasan, kebakhilan, kesombongan, ujub, riya’, sum’ah, ketakutan, kongkongan hutang dan finah manusia. Jadikan kami kuat di hadapan manusia, walau kami tahu lemahnya kami di hadapanMu

Friday, May 27, 2011

~nothing~

ya allah...
bantulah diriku dalam menjalani liku2 ujianMU

ku tahu..setiap ujianMU itu
berpadanan dengan tahap kemampuan hamba-hambaMU


kdg2 ku lemah,
kdg kala ku jatuh terduduk

dlm setiap tindakanku
istikharahlah peneman setia....

ku harap...
semua ni berjalan dengan lancar
demi sebuah kebahagian hakiki...



salam ukhwah fillah,

keindahan sebuah perkahwinan

Assalamualaikum...

salam ukhwah

Bila cuti sekolah,biasanya musim perkahwinan.Cuti kali ini,ramai sangat kawin...kawan satu batch,kawan sekolah,saudara mara dan kawan2 ayah dan mak.

Seronok bila g kenduri kawin..dapat tgk pengantin perempuan yg berseri2,tgk pelamin,dn yg penting bersalaman dengan pengantin amik berkat la katakan...

Bagi Su,perkawinan itu satu ikatan janji setia..janji kepada pasangan untuk melaksanakan satu tanggungjawab yg sangat berat...

dan yg paling utama,janji kepada ALLAH...

untuk jaga isteri/suami dengan baik
jalankan amanah yg diberi sebaik mungkin..
melahirkan zuriat yg soleh/solehah

erm..
tapi nak pilih pasangan tu...
macam2 cara...
ada yg bercinta bertahun2 sebelum kawin,ada yg kenal kejap pastu kawin,ada juga cinta selepas kawin...

yang mana pilihan anda?tepuk dada ty diri sndiri.

tapi nasihat su...pilihlah yg serasi jgn ikut hawa nafsu...yg penting agamanya...agar diri kita sentiasa di bawah naunganNYA..

~kepada ekin n mirul,kak farhana n abg z,...su ucapkan selamat pengantin baru..moga kekal hingga ke anak cucu..tahniah!!!!~






salam ukhwah fillah,

Friday, May 20, 2011

MQA

amanah yg diberi..
sangat berat..

ku pinta..
bantulah diri ini..
tegurlah jika ada silap
sebb diri ini tidak smpurna

MQA bulan 9 dn semester 7
antara lulus dan gagal
kursus pemulihan khas...

ya allah
bantulah kami
dalam menyiapkan persediaan mental dan fizikal
untuk menghadapi MQA
permudhkanlah urusan kami

kepada kwn2 PISMP 5F
berilah kerjasama terbaik utk MQA kali ni
jgn ada gaduh2
kita saling bantu membantu

sbb kita satu keluarga
keluarga PISMP 5F....

~from pengerusi MQA pemulihan khas~

salam ukhwah fillah,

CONGRATZ my HERO in my FAMILY...


salam...

4flat?
yup..
he's got it

dia janji dia kotakan....

4flat hadiah utk umi tercinta....
tahniah dikkk..

akak sgt bangga ada adik spt kamu...
kehidupan di PASUM sangat sukar...
adik dapat lalui dengan jayanya

insya allah pasni..akak doakan
u got what u aim...

mechanical engineering at UM..insya allah...

hadiah?
wait..something special for u..

gud luck..^_^


salam ukhwah fillah,

Saturday, May 14, 2011

aku terima nikahnya???



ULASAN SYEIKH SOLEH BIN FAUZAN MENGENAI ISU KAHWIN AWAL KETIKA BELAJAR

"Adapun jika dikatakan: Perkahwinan awal akan menyibukkan (pelajar) daripada menghasilkan ilmu dan belajar; (pernyataan) ini TIDAK boleh diterima bahkan yang sebetulnya adalah SEBALIKNYA, kerana selama mana perkahwinan itu akan memberikan kelebihan-kelebihan yang kami sebutkan di antaranya ketenangan dan ketenteraman, kestabilan jiwa dan pencerahan mata, maka ini antara perkara yang dapat membantu pelajar untuk mendapat ilmu kerana jika jiwanya stabil, fikirannya bersih daripada kerunsingan maka ini membantunya mendapat ilmu, adapun jika tidak berkahwin maka inilah sebenarnya menghalang dia dengan apa yang dia kehendaki daripada mendapat ilmu kerana dia berada dalam keadaan fikiran yang terganggu, jiwa tidak stabil, tidak berupaya untuk menuntut ilmu, tetapi jika dia berkahwin dan tenang fikirannya, stabil jiwanya, mendapat rumah yang boleh dia berlindung dalamnya,dan mempunyai isteri yang melunakkannya dan membantunya maka ini membantunya memperoleh ilmu, maka perkahwinan awal jika dimudahkan Allah dan menjadi perkahwinan yang sesuai maka ini antara perkara yang memudahkan seorang pelajar menuju ke arah memperoleh ilmu bukan seperti mana yang digambarkan bahawa perkahwinan menghalangnya."


Ulasan oleh: Syeikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan (Ahli Majlis Ulama Sedunia)



salam ukhwah fillah,

Exam Mei 2011

Dapatkan jadual exam Mei 2011 di sini


salam ukhwah fillah,

dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali


Allahyarhamah Puan Jamaliah Binti Mohd Salleh,
Timbalan Pengarah IPG KBM - telah kembali ke rahmatullah
pada jam 5.15 pagi 8/05/2011 - di Hospital Selayang
semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada beliau di sana

Al-Fatihah



salam ukhwah fillah,

Tuesday, May 3, 2011

H.A.Z.L.I

lagu maher zain berkumandang...
insya allah..insya allah
menandakan satu sms masuk..

"salam,su..sihat...akak nak bgtau HAZLI taknak masuk kelas dan taknak belajar,dia nak jumpa cikgu Su....bila masuk kelas,dia asyik tengok gambar Su kat meja akak.."

Huh..
hatiku sebak...
menahan setitis air mata dr keluar..

betapaku rindu dengan telatah seorang pelajar yang bernama HAZLI

Hazli seorang kanak-kanak hyperaktif...yang sentiasa menguji
kesabaranku...

Apabila Su diberitakan akan mendapat seorang student hyperaktif,
Su termenung..
bagaimana nak handle..
mcm mana nak suruh dia duduk diam
dan
mcm2 bermain dalam pemikiran Su..

Alhamdulillah..
Su tawakal
Su gunakan sepenuhnya teknik ekonomi token yang diajar oleh lect Su
menjadi....
tapi bukan hanya token sahaja

perlu ada
kasih sayang,keikhlasan dan kesungguhan

Mungkin...
dengan acuan tersebut...
beliau akhirnya..sangat mudah didekati,dengar arahan dan seorang yang sangat pandai rupanya...

Petang itu,kesempatan yang ALLAH kurniakan
sampai juga Su di gerai Mak Hazli menjual air jambu

Mak Hazli terburu-buru mendapatkanku...

Cikgu..cikgu....
nape cikgu tak mengajar dah?
Hazli taknak pi sekolah
puas ayah dia pujuk
asyik tgk buku dan hadiah yg cikgu bg je...
asyik termenung
sampai ayah hazli ckp...
sok kita g umah cikgu ye..

Dalam hati..YA ALLAH..sampai mcm tu sekali..

Hazli..
Walaupun pertemuan kita hanya seketika
sekejap cuma
tapi
ingatan cikgu sentiasa kekal
cikgu doakan hazli
menjadi seorang yang berguna pada
masyarakat
suatu hari nanti

yang penting
cikgu syg sgt HAZLI...


salam ukhwah fillah,