Assalamualaikum..
alhamdulillah...dengan izinNYA,ana diberi kesempatan untuk meng'update' blog yang ana kira agak lama tidak mengemaskini kerana kekangan masa yang amat mencemburui ana.
Masa seseolah mengejar...
ana perlu merancang masa dan segala aktiviti dan program dengan tersusun agar tiada yang terlepas dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin...
setiap minggu,ana isikan dengan pelbagai program yang dapat menambah ilmu dunia dan akhirat...insya Allah..
Program anjuran IKRAM yang ana sempat hadirkan diri sangat memberi kesan pada ana dan rakan2...alhamdulillah kerana ALLAH memilih ana untuk menghadiri program wacana ilmu yang sangat hebat.
Suka disini ana,ingin berkongsi dengan shbt2 blogger yang ana kasihi...
tajuk wacana ilmu yang diberi ialah manusia dan kebenaran.
Penceramah membentangkan dan mengupas tajuk di atas berdasarkan sebuah buku yang bertajuk manusia dan kebenaran karya Syeikh Yusuf AL-Qardawi.
Buku ini mengandungi 11 bab...yang merangkumi pelbagai persoalan tentang manusia dan kebenaran.
takrif al-haq:sbg salah satu drpd 3 nilai yg plg utama selain drpd nilai kebaikan dan keindahan(menurut ahli falsafah).
sebagai manusia,fitrah kejadiannya diciptakan untuk mencari kebenaran dalam melayari kehidupan di dunia ini.Manusia dapat memahami dan mengerti tentang kebenaran melalui pengalaman dan pendidikan.Manusia juga dikurniakan akal dan dapat digunakan untuk menilai yang mana betul dan salah serta tidak mudah untuk ditipu.
Kebenaran perlu ada BUKTI...
buktinya boleh dapat dalam AL-Quran dan As-Sunnah..
tapi..
tak semua kebenaran ada bukti..
contohnya:
kejadian Isra'Mikraj dan kejadian di akhirat nanti..tiada bukti yang menunjukkan kejadian itu,tapi dengan nikmat iman,kita percaya semua itu berlaku.
rujukan hendak mencari kebenaran ialah AL-QURAN...
tak kira jemaah mana yang kita ikut..atau ustaz mana yang kita dengar,AL-Quran menjadi rujukan yang penting dan wajib.
Selingan yang amat menyentuh hati ana ialah:
berapa kali kita khatam Al-Quran sepanjang hidup kita?
atau kita hanya khatamnya pada bulan Ramadhan sahaja?
atau zaman kita sekolah rendah?
sama-sama kita renungkan..
Dalam tafsir Darul Iman..
ada 604 muka surat.
dalam sebulan ada 30 hari.
20 muka surat sehari
4 muka surat setiap kali selepas solat fardhu.
insya allah
dalam masa sebulan kita dapat khatam Al-Quran..
merancanglah dengan AL-Quran..
agar kita dapat memahami dan mencari kebenaran yang hakiki
Jika terlalu berat,kita boleh buat ikut kemampuan kita..
"Jauh dari AL-Quran,sebab itu kita 'hancur'"
Jika jauh hubungan kita dengan ALLAH,secara automatiknya kita aka jauh daripada kebenaran.
Buka hati,untuk terima kebenaran
"sebahagian manusia hanya tidur dan terbangun hanya apabila mati.."
sama-sama kita fikirkan..
wslm..
No comments:
Post a Comment