Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menipu diri sendiri, jangan jadikan kami sebagai orang-orang yang rakus dengan dunia, jangan kau jadikan segala kenikmatan menjadi pemberat langkah kami untuk menuju jalanMu. Jadikan kami sebagai orang-orang yang kau selamatkan dari tipu daya dunia. Jauhkanlah kami dari kemalasan, kebakhilan, kesombongan, ujub, riya’, sum’ah, ketakutan, kongkongan hutang dan finah manusia. Jadikan kami kuat di hadapan manusia, walau kami tahu lemahnya kami di hadapanMu

Saturday, March 26, 2011

COUPLE ISLAMIC

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple."COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni???

Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus.

Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

Yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekali pun untuk mengHALALkannya....Peringatan utk smua sahabat n diri ini skali........

Wallahu'alam...........

from fb...ustazpenang...


salam ukhwah fillah,

Saturday, March 19, 2011

Selamat Menjalani Praktikum


kepada semua

sahabat-sahabat PISMP semester 5
ambilan Januari 2009

IPG Kampus Bahasa Melayu

terutama kepada semua
pelajar
PISMP 5F
major pemulihan khas...

nasihat su:

~jgn lupa wat RPH
~BBM mesti mantopp..
~sedia fizikal dan mental

tunjukkan anda bakal guru pemulihan yang terbaik.
insya allah.

Insya allah,jumpa kalian 18April ni...berkongsi cerita suka duka sepanjang di sekolah..

GOOD LUCK
AND
TRY UR BEST!!!!!!

salam ukhwah fillah,


Kekuasaan ALLAH,peringatan buat manusia.


Bermula dgn gegaran sgt kuat dgn 8.9 skala ritcher; mereka MASIH BERTAHAN. DIikuti arus deras tsunami; KURANG TAHAN. Letupan rektor nuklear & radiasi, SUKAR BERTAHAN. Salji turun diketika tiada rumah, pakaian, makann & elektrik. .Itulah ujian yg melanda Jepun. Saya sgt simpati & insafi gagahnya kuasa Tuhan, hingga hilang hasil kepintaran ciptaan manusia sekelip mata...FB:ustaz zaharuddin


Di bawah,ana sertakan beberapa gambar kekuasaan ALLAH di JEPUN.....

ALLAH memberi amaran....manusia semakin hari semakin lalai...

setelah 25 Disember 2004 yang lalu..ALLAH telah memberikan peringatan...kemudian,manusia lupa dalam menginsafi apa yang terjadi.Manusia mula hanyut dalam nikmat dunia yang hanya sementara.

tujuh tahun berlalu..ALLAH menurunkan lagi bencana Tsunami..
tetapi kali ini di Jepun...yang mengakibatkan ratusan manusia mati dan kehilangan tempat tinggal..tetapi juga ancaman bahaya radiasi nuklear akibat kesan daripada tsunami.













bila hati ini..memandang,mendengar dan melihat rakaman video daripada tsunami di Jepun...terdetik dalam hati ana...bagaimananya Hari Kiamat yang sebenar....?masa itu ya ALLAH..hanya amalan mampu membantu.

Bila kita lihat,ombak daripada tsunami dapat memusnahkan beribu-ribu rumah dan menelan beribu-ribu manusia.Bayangkan....di hari berlakunya hari kiamat....dan dijelaskan dalm surah al-qariah...

Cuba kalian rujuk solusi 29-slot tafsir:membicarakan tentang surah al-qariah..kita tadabbur sejenak...;)

Friday, March 18, 2011

ESQ...

http://www.muftiwp.gov.my/v1/doc/PENJELASAN%20FATWA%20MENGENAI%20KURSUS%20ESQ%20LEADERSHIP%20TRAINING.pdf







Assalamualaikum...
alhamdulillah...

kali ni,ana nak kongsi sedikit mengenai ESQ...
sebenarnya,ana sedikit gementar apabila hendak menulis post kali ini..

tapi ana yakinkan diri..
bahawa
nak menyampaikan antara hak dan batil memang susah..

sebab itu,ana dahulukan past kali ini dengan beberapa link yang berkaitan dengan ESQ...diharapkan sebelum antunna membaca tulisan ana,tidak terpinga-pinga atau terkejut kerana telah membaca link2 di atas.

ESQ telah datang ke tempat ana pada tahun 2008/2009 kalau tak silap ana.
ana sangat teruja dengan persembahan yang ditunjukkan oleh ESQ.
Bagi ana..sangat mantap...tanpa mengetahui apa rujukan yang ESQ gunakan untuk training.

Training ESQ sangat mahal...bagi ana memang tak berbaloi..
itu pandangan ana pada tahun 2008/2009.

Menginjak tahun 2011..ana diceritakan lagi oleh senior2 ana tentang kehebatan ESQ..
Ramai senior2 ana telah menjadi alumni dan berubah jadi baik.Ada yang dah baik,tapi selepas mengikuti ESQ ni,mereka menjadi lagi baik....

alhamdulillah...
ana pun ingin menjadi seperti mereka...

tanpa berfikir panjang..
ana dan beberapa orang shbt ana mendaftar diri untuk kursus training ESQ ni..

hari semakin hampir..

tanpa mengetahui tentang isu pengharaman ESQ yang sedang dibincangkan oleh tokoh-tokoh agama di Malaysia..

sebelum beberapa hari ana hendak menghadiri training..
ana dipilih untuk menyertai

MAJLIS PENJELASAN FATWA ESQ 165
23 Februari 2011
Dewan Muktamar Kompleks Pusat Islam

yang dirasmikan oleh mufi WP
dan ahli panel terdiri daripada

PROFESOR ZAKARIA STAPA
Profesor Tasawuf dan Pemikiran Islam
Fakulti Pengajian Islam
UKM

dan

FARID ACHMAD OKBAH, M.Ag
daripada Indonesia.

Penjelasan yang begitu mantap oleh Ustaz Farid dan Prof Zakaria.

tapi kesimpulannya daripada program ini
tiada

ana sendiri masih tertanya-tanya...
ESQ ini HARAM atau HALAL??

setelah berbincang dengan shbt2 ana...
kami ingin mengikuti sendiri training tersebut
bagi mengetahui apa yang membuatkannya menjadi isu

sebelum itu....
kami sempat berjumpa dengan Ustaz Asri terlebih dahulu..
bertanyakan kepada beliau tentang pandangan beliau
tentang ESQ dan adakah kami patut mengikuti training atau tak?

Ustaz Asri menjelaskan dengan panjang lebar.
Beliau berpegang pada kata-kata Mufti WP
yang mengatakan HARAM
jika masih tidak mengubah atau memperbetulkan
khilaf yang ada dalam training dan buku tersebut...

jelasnya...perkara AKIDAH jangan dipermainkan.
jika salah satu cabang akidah terpesong...maka semuanya akan salah...
walaupun yang lainnya adalah betul.

akhirnya..kami bersepakat..untuk membatalkan penyertaan kami.
harga AKIDAH kami lebih mahal daripada wang yang kami laburkan dalam ESQ.

yang menjadi isu sekarang...

kenapa ESQ 165
kenapa tidak ESQ 651...

untuk penjelasan kenapa perlu 651 bukan 165..
sila rujuk majalah solusi edisi 28-m/s17-18

wallualam..

p/s:ana sendiri masih mencari tentang kebenaran.maaf jika artikle ini menyinggung hati
sesetengah pihak..ana masih belajar..jika ana khilaf perbetulkan ana...tegurlah ana..insya allah ana dapat menerima dengan hati yang terbuka..:)



Thursday, March 10, 2011

Roti putih vs roti gandum

roti putih

roti gandum


Roti Gandum Penuh (Whole-Grain)

Kita semua tahu yang roti gandum penuh merupakan contoh karbohidrat yang baik. Ia bersifat komplex, bermaksud roti gandum penuh ini dicerna lebih ‘perlahan’ tetapi berterusan, berbanding roti putih biasa dan nasi yang tergolong dalam kumpulan ‘simple carbohydrate‘. Namun, tahukah anda, jenama roti mana yang patut dibeli untuk memastikan kita untung dari segi zat dan wang?

Perhatikan jadual di atas, terutamanya dari segi nilai kalori dan kandungan karbohidrat. Aku cadangkan agar kalian mencuba “Gardenia Whole-Grain Fibremeal“. Di samping harganya yang serendah RM3, ia juga mengandungi nilai kalori yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Buat mereka yang berkemampuan (berduit) dan sangat menjaga pengambilan kalori, anda boleh mencuba “Gardenia Breakthru” (RM4.50), yang ternyata mengandungi kandungan karbohidrat yang lebih rendah, sekaligus mempunyai nilai kalori yang terendah. “High 5 High Grain” juga berharga RM3, tetapi kalau dilihat dari segi kandungan protein, ianya lebih rendah berbanding “Gardenia Whole-Grain Fibremeal“; tambahan nilai kalorinya juga lebih tinggi.


Roti putih diperbuat daripada tepung putih halus daripada butiran tepung gandum.Kemudian akan menjalani proses penyulingan terlebih dahulu sebelum diputihkan dengan agen peluntur kimia yang mengandungi klorin.Setelah itu,tepung akan dikeringkan pada suhu yang tinggi,sebelum gluten,sejenis bahan yang akan ditambah untuk membantu menghasilkan lebih udara dalam udara.


Gula dan garam kemudiannya ditambah bagi mengaktifkan ragi selain mengimbangi proses 'kenaikan' roti.Impak daripada hasil campuran bahan kimia inilah yang sebenarnya akan memudaratkan tubuh anda terutamanya pada metabolisme badan.


Metabolisme badan terganggu kerana ketiadaan serat dalam roti yang hilang ketika proses penyulingan.Serat merupakan bahan yang sangat diperlukan kerana ia sangat membantu melancarkan proses pencernaan,mengawal berat badan,mencegah risiko penyakit jantung,kanser dan diabetis.


http://www.kesihatanport.com/roti-putih-vs-whole-wheat-any-questions.html

majalah isihat...


Pengalaman Su setelah hampir sebulan mengamalkan makan roti gandum....firstly agak susah nak telan..sbb tak biasa...tp Su sapu jem kat atas...


Setiap hari sebelum pi kelas,Su sarapan dengan satu o dua keping roti gandum...Alhamdulillah,perut Su tak meragam masa kelas dan boleh bertahan sehingga jam satu petang...


Sebelum ni,Su sangat cepat lapar..jam 10 pagi mesti cari kuih atau nasi di kantin...


So,pasni leh la shbt2 cuba....selain berkhasiat....kita juga dapat jimat..

Roti tu sekali beli tahan seminggu..so RM3 untuk sarapan selama seminggu...jimatkan..:)..


Sama2lah kita menjaga kesihatan...masa mudalah kita kena jaga..mencegah lebih baik drpd mengubati...


...selamat mencuba...

Sunday, March 6, 2011

Lirik Insya Allah – Maher Zain (Versi Melayu)

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

Asmaa Manfouz

video

Sama-samalah kita amik iktibar drpd seorang pemudi Islam yang bersemangat dalam memperjuangkan hal-hak kemanusiaan sebagai seorang insan....

Ayuh pemudi..anda juga seperti Asmaa..insya Allah.

Friday, March 4, 2011

virus merah


Suatu hari,ana didatangi adik junior bersembang-sembang tentang jodoh.

Ukht S: Kak,dalam Islam tu wujud tak couple islamik
ana : Dik,Islam itu indah....tiada perkara yang haram boleh dihalalkan.Jelas ALLAH menerangkan dalam Al-Quran tentang zina.Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (QS. 25:32).
Jelas ayat ini menerangkan segalanya.Perbuatan yang menghampiri zina adalah ditegah dalam ISLAM...
Ukth S: Oo...begitu.tp kalau dah terlajak menjalinkan hubungan macam mana ye?
ana : Erm,dik...jika adik sayang ALLAH lebih daripada segalanya.Putuskan hubungan tersebut.Akak yakin,ALLAH dah sediakan yang terbaik untuk kita.Kalau si dia betul-
betul nak kan adik.Suruh dia jumpa wali adik.Ikatkan pertunangan dan percepatkan
perkahwinan kerana itu adalah yang terbaik.
Ukht S: Susahla kak..ana tak kuat nak hadapi masalah ini.Ana tak sanggup kehilangannya.Dia
baik kak.
ana : Istikharahlah dik.minta ALLAH tunjukan yang terbaik buat adik.yang pasti adik tak
keseorangan.Adik ada akak,family,shbt2 dan yang paling utama adik masih ada DIA.
DIA tak tinggalkan adik keseorangan.bermunajatlah..mohonlah kekuatan denganNYA.
Insya allah..ALLAH bersama adik.

_____________________________________________________

masalah cinta ini..walaupun dijelaskan berkali-kali,tapi masih ramai yang tak faham dan jelas.Ana mohon,daie2 yang dh faham konsep cinta dalam Islam ni,sebarkan kepada rakan2 dan adik2 junior kita...

bila berbicara pasal ni,ana sarankan...bicaralah secara santai..jangan terlalu serius kerana penerimaan seseorang terhadap sesuatu perkara adalah berlainan.

nak dekati remaja...jadilah seperti kita shbt mereka..barulah mereka selesa dan mudah menerima nasihat kita tanpa rasa terkilan.

ayuh...
tugas menyebarkan bukan hanya digalas oleh insan yang digelar ustaz,ustazah,ulama dan tok guru tp tugas ini adalah tugas seorang muslim.

moga syiar ISLAM terus berkembang....insya allah..:)

Hati kita diketuk....

Semalam...
masih lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat

semalam
hati ini masih keras macam batu
susah nak mengikuti majlis-majlis ilmu
nak solat jemaah bersama-sama teman2 amat sukar
apatah lagi puasa sunat Isnin dan Khamis

semalam
hidup sentiasa dalam kegelisahan
mengeluh keluh dan kesah
bila ALLAH timpakan sedikit ujian

semalam
pakaian ketat sana dan sisi
tudung kadang-kadang pakai
kadang tidak
tiada istiqamah dalam diri insan

semalam
mak ayah ditengking kerana mengongkong
dan selalu membebel...
hidup tunggang langgang..

tapi kini

hati ini telah diketuk
oleh suatu yang bernama
"hidayah"

Ya Allah..
terima kasih atas kurniaan ini
Engkau telah memilih diri ini

Setelah diri ini Engkau pilih
biarlah istiqamah
sampai Engkau menjemputku..

Yang Engkau hisab nanti ialah
pengakhiran sebuah kehidupan..

bukan dengan permulaan dan pertengahan kehidupan
kerana itu
adalah ujian dan dugaan yang Engkau tentukan

biarlah NUR yang ada dalam diri ini kekal abdan-abadan
ku gerun...
jika suatu ketika
suatu detik

Engkau Uji diri ini lagi..
sehingga ku tidak mampu untuk menanggungnya

Ku mohon,pada saat itu
Engkau bantulah ku masa tu

Jangan Engkau pesongkan hatiku lagi

P/s:sajak ni nukilan su..tiada kaitan yang hidup atau mati...atau kisah peribadi...sama2 kita ambil iktibar...

Wednesday, March 2, 2011

Terima kasih umi...;)

23 tahun yang lepas....
saat itu,umi bertarung antara hidup dan mati
untuk melahirkan seorang puteri sulung...

Pertama kali melahirkan anak...
pelbagai perasaan yang terdetik di hati

takut..
gembira..
dan
teruja


hasil daripada kasih suci umi dan abah...
setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga
kini..menunggu saat bayi dilahirkan..

Tanpa mengetahui jantina si bayi..
abah
keluarga umi serta abah
menunggu dengan sabar
di luar labour room..

umi pula bertarung dengan menggunakan sepenuh tenaga
untuk meneran..supaya bayi tersebut dapat keluar dengan sempurna..

tetapi..
ALLAH sangat sayang hambanya..
DIA bagi ujian..

bayi itu terlekat di pintu rahim...
kepala tidak dapat keluar..

Abah terus bagi kata-kata semangat..

abah sentiasa disisi umi...

sehingga doktor terpaksa membuat keputusan untuk mengepam kepala bayi tersebut
kerna jika lambat
bayi itu akan mati dalam kelemasan..

Alhamdulillah...



suara bayi menangis kedengaran...

kedengaran ucapan syukur umi dan abah

abah segera mendapatkan bayi tersebut..
dan memberitahu umi..

sayang,kita dapat bayi perempuan..
comel...muka macam sayang.:)

abah terus mengazankan...

"Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi' r.a. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi"


Setelah beberapa hari,umi dan abah memikirkan nama yang sesuai untuk bayi perempuan itu..

Abah mencadangkan nama Naimah yang bermaksud yang lembut,halus

Umi pula mencadangkan nama Nurul Ain yang bermaksud cahaya mata

Tok pula mencadangkan nama Solehah yang bermaksud baik

Umi dan abah berbincang....dan akhirnya bersepakat untuk memilih nama

NURUL AIN SOLEHAH BT ALIAS

khas utk puteri sulung kesayangannya..;)

yang bermaksud cahaya mata yang baik.


Bayi tersebut membesar dan terus membesar dalam suasana yang penuh kasih sayang dan kesederhanaan...

Kini dia dah menginjak angka 23 tahun...

tepat jam 12.30 pagi
tanggal 3 Mac 2011

terima kasih umi...
kerana umilah...
akak lahir di dunia ni...tanpa umi..tiadalah akak kat bumi ALLAH ini.


Maafkan kesalahan akak sepanjang akak hidup selama 23 tahun...
Halalkan makan minum akak..
halalkan juga susu umi..

Umi,dahulu akak nakal
tak dengar cakap umi.
maafkan akak ye..

Insya allah..akak akan jadi anak yang solehah untuk umi dan abah.

kasih sayang akak kat umi dan abah sampai bila-bila.
Umi doakan akak jadi

~cikgu yang baik
~hamba ALLAH yang soleh
~anak yang solehah
~kakak yang bertanggungjawab
~pelajar yang dedikasi..

TERIMA KASIH UMI...

Luv U so Much...

~tiba-tiba hati terasa sebak..dan air mata mengalir..mengenangkan umi dan abah kat kampung..~
~

~Selamat Hari Lahir Sumayyah solehah~