Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menipu diri sendiri, jangan jadikan kami sebagai orang-orang yang rakus dengan dunia, jangan kau jadikan segala kenikmatan menjadi pemberat langkah kami untuk menuju jalanMu. Jadikan kami sebagai orang-orang yang kau selamatkan dari tipu daya dunia. Jauhkanlah kami dari kemalasan, kebakhilan, kesombongan, ujub, riya’, sum’ah, ketakutan, kongkongan hutang dan finah manusia. Jadikan kami kuat di hadapan manusia, walau kami tahu lemahnya kami di hadapanMu

Friday, March 4, 2011

Hati kita diketuk....

Semalam...
masih lagi bergelumang dengan dosa dan maksiat

semalam
hati ini masih keras macam batu
susah nak mengikuti majlis-majlis ilmu
nak solat jemaah bersama-sama teman2 amat sukar
apatah lagi puasa sunat Isnin dan Khamis

semalam
hidup sentiasa dalam kegelisahan
mengeluh keluh dan kesah
bila ALLAH timpakan sedikit ujian

semalam
pakaian ketat sana dan sisi
tudung kadang-kadang pakai
kadang tidak
tiada istiqamah dalam diri insan

semalam
mak ayah ditengking kerana mengongkong
dan selalu membebel...
hidup tunggang langgang..

tapi kini

hati ini telah diketuk
oleh suatu yang bernama
"hidayah"

Ya Allah..
terima kasih atas kurniaan ini
Engkau telah memilih diri ini

Setelah diri ini Engkau pilih
biarlah istiqamah
sampai Engkau menjemputku..

Yang Engkau hisab nanti ialah
pengakhiran sebuah kehidupan..

bukan dengan permulaan dan pertengahan kehidupan
kerana itu
adalah ujian dan dugaan yang Engkau tentukan

biarlah NUR yang ada dalam diri ini kekal abdan-abadan
ku gerun...
jika suatu ketika
suatu detik

Engkau Uji diri ini lagi..
sehingga ku tidak mampu untuk menanggungnya

Ku mohon,pada saat itu
Engkau bantulah ku masa tu

Jangan Engkau pesongkan hatiku lagi

P/s:sajak ni nukilan su..tiada kaitan yang hidup atau mati...atau kisah peribadi...sama2 kita ambil iktibar...

No comments:

Post a Comment