Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menipu diri sendiri, jangan jadikan kami sebagai orang-orang yang rakus dengan dunia, jangan kau jadikan segala kenikmatan menjadi pemberat langkah kami untuk menuju jalanMu. Jadikan kami sebagai orang-orang yang kau selamatkan dari tipu daya dunia. Jauhkanlah kami dari kemalasan, kebakhilan, kesombongan, ujub, riya’, sum’ah, ketakutan, kongkongan hutang dan finah manusia. Jadikan kami kuat di hadapan manusia, walau kami tahu lemahnya kami di hadapanMu

Thursday, March 10, 2011

Roti putih vs roti gandum

roti putih

roti gandum


Roti Gandum Penuh (Whole-Grain)

Kita semua tahu yang roti gandum penuh merupakan contoh karbohidrat yang baik. Ia bersifat komplex, bermaksud roti gandum penuh ini dicerna lebih ‘perlahan’ tetapi berterusan, berbanding roti putih biasa dan nasi yang tergolong dalam kumpulan ‘simple carbohydrate‘. Namun, tahukah anda, jenama roti mana yang patut dibeli untuk memastikan kita untung dari segi zat dan wang?

Perhatikan jadual di atas, terutamanya dari segi nilai kalori dan kandungan karbohidrat. Aku cadangkan agar kalian mencuba “Gardenia Whole-Grain Fibremeal“. Di samping harganya yang serendah RM3, ia juga mengandungi nilai kalori yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Buat mereka yang berkemampuan (berduit) dan sangat menjaga pengambilan kalori, anda boleh mencuba “Gardenia Breakthru” (RM4.50), yang ternyata mengandungi kandungan karbohidrat yang lebih rendah, sekaligus mempunyai nilai kalori yang terendah. “High 5 High Grain” juga berharga RM3, tetapi kalau dilihat dari segi kandungan protein, ianya lebih rendah berbanding “Gardenia Whole-Grain Fibremeal“; tambahan nilai kalorinya juga lebih tinggi.


Roti putih diperbuat daripada tepung putih halus daripada butiran tepung gandum.Kemudian akan menjalani proses penyulingan terlebih dahulu sebelum diputihkan dengan agen peluntur kimia yang mengandungi klorin.Setelah itu,tepung akan dikeringkan pada suhu yang tinggi,sebelum gluten,sejenis bahan yang akan ditambah untuk membantu menghasilkan lebih udara dalam udara.


Gula dan garam kemudiannya ditambah bagi mengaktifkan ragi selain mengimbangi proses 'kenaikan' roti.Impak daripada hasil campuran bahan kimia inilah yang sebenarnya akan memudaratkan tubuh anda terutamanya pada metabolisme badan.


Metabolisme badan terganggu kerana ketiadaan serat dalam roti yang hilang ketika proses penyulingan.Serat merupakan bahan yang sangat diperlukan kerana ia sangat membantu melancarkan proses pencernaan,mengawal berat badan,mencegah risiko penyakit jantung,kanser dan diabetis.


http://www.kesihatanport.com/roti-putih-vs-whole-wheat-any-questions.html

majalah isihat...


Pengalaman Su setelah hampir sebulan mengamalkan makan roti gandum....firstly agak susah nak telan..sbb tak biasa...tp Su sapu jem kat atas...


Setiap hari sebelum pi kelas,Su sarapan dengan satu o dua keping roti gandum...Alhamdulillah,perut Su tak meragam masa kelas dan boleh bertahan sehingga jam satu petang...


Sebelum ni,Su sangat cepat lapar..jam 10 pagi mesti cari kuih atau nasi di kantin...


So,pasni leh la shbt2 cuba....selain berkhasiat....kita juga dapat jimat..

Roti tu sekali beli tahan seminggu..so RM3 untuk sarapan selama seminggu...jimatkan..:)..


Sama2lah kita menjaga kesihatan...masa mudalah kita kena jaga..mencegah lebih baik drpd mengubati...


...selamat mencuba...

7 comments:

  1. salam...thanx for the info....akhirnye jmpa gak cari different kandungn karbohidrat bg roti gardenia tu...hehehe

    ReplyDelete
  2. sama2..berkongsi apa yg dapat..mudah2an dapat kebaikan walaupun tak seberapa..:)

    ReplyDelete
  3. Salam Nurul. saya nak minta izin ambil jadual "roti gandum penuh" yg di atas tu. TQ

    from : mymekar.com

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas info.. dah lama tertanya2 perbezaan antara dua jenis roti ni.

    ReplyDelete
  5. trima kasih atas infonye ye.. sblm ni slalu mkn roti putih je.. bosan ke, diet ke, ape ke, roti putih yg mmg slalu ad kt rumah... pasni kna tukar da la.. hehe.. btw sy mohon utk sharing info ini ye.. syukran jazilan ya ukhti.. :)

    ReplyDelete
  6. sy klu rm3 tu..setengah jam boleh habis..kenyang sampai malam

    ReplyDelete
  7. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete