Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menipu diri sendiri, jangan jadikan kami sebagai orang-orang yang rakus dengan dunia, jangan kau jadikan segala kenikmatan menjadi pemberat langkah kami untuk menuju jalanMu. Jadikan kami sebagai orang-orang yang kau selamatkan dari tipu daya dunia. Jauhkanlah kami dari kemalasan, kebakhilan, kesombongan, ujub, riya’, sum’ah, ketakutan, kongkongan hutang dan finah manusia. Jadikan kami kuat di hadapan manusia, walau kami tahu lemahnya kami di hadapanMu

Monday, January 10, 2011

Impian syariah 2020

Assalamualaikum...

Impian syariah 2020...
merealisasikan impian syariah 2020...

kenapa perlu ada wawasan begitu...
mari kita lihat...
negara kita ingin mencapai wawasan 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan

Dalam intipati di atas,terdapat satu bidang iaitu kerohonian..

Menuju wawasan 2020..biarlah selari dengan dalam semua segi..
terutamanya dalam bidang agama..

jika agama dipegang dan dihayati seterusnya diamalkan..insya allah..negara kita aman sentosa...

Ana bersetuju dengan saudara Abdullah Omar,mantan presiden KARISMA nasional..yang membentangkan ucapan dasar baru2 ni....

bagi ana,rakyat Malaysia haruslah bersedia dan membuat persediaan dari semua segi agar wawasan 2020 dan impian syariah 2020 tercapai dengan jayanya...

Mulakan dari sekarang,gerakan tarbiyah dan dakwah..agar Islam itu bukan hanya pada nama tapi pada amalannya...

Moga2 Islam terus mekar di hati setiap yang bernama muslim
dan jadilah kita golongan yang soleh dan musleh...

biarlah memperbaiki diri kita dan orang lain berjalan seiringan

p/s:hanya tinggal 9tahun menuju impian syariah 2020...
apa peranan kita dalam merealisasikan impian tersebut??

Duduk dalam bilik dan tak amik tahu hal semasa....
atau
sama-sama membantu rakan2 sebaya diluar sana yang sangat dahagakan ilmu dan peringatan2...




No comments:

Post a Comment