Assalamualaikum..
salam kasih sayang dan salam persaudaraan...
Ada apa dengan facebook??Macam-macam pandangan tentang facebook..ada yang positif dan ada yang negatifnya...
Ana sangat menghormati semua pandangan shbt2 yang ana kasihi...
Antara yang ana masih ingat sampai sekarang tentang perbualan ana dengan seorang sahabat tentang facebook...Dia mengatakan facebook itu haram..tak boleh guna dan merupakan dakyah orang kafir untuk menyesatkan umat Islam...Dan sebagai satu alat untuk menjatuhkan Islam...
Iye..bagi ana..tak salah pandangan tersebut.Ana cuma mendengar hujah-hujah beliau dengan hati yang tidak berpihak pada siapa-siapa...
Bila,suatu ketika heboh mengatakan FB adalah haram..ana terus deactive FB dan akhirnya dia terdelete dengan sendirinya...
Pabila,ana mengikuti pelbagai program diluar,ana dity tentang FB oleh adik2 program dan shbt2 program..dan ana nyatakan ana tiada FB...terkesan di hati mereka..bagaimana nak menghubungi ana...Ana menyatakan msg atau telefon boleh menggantikan penggunaan FB...Mereka sedikit kecewa....
Ana berfikir..apa salahnya FB..mmg dia dicipta oleh seorang anak muda yang berlainan agama dan adkah penciptaannya kita tidak boleh gunakan?
Mari kita baca beberapa pandangan di bawah:
Jadi intinya, hukum facebook adalah tergantung pemanfaatannya. Kalau pemanfaatannya adalah untuk perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat, maka facebook pun bernilai sia-sia dan hanya membuang-buang waktu. Begitu pula jika facebook digunakan untuk perkara yang haram, maka hukumnya pun menjadi haram. Hal ini semua termasuk dalam kaedah “al wasa-il laha hukmul maqhosid (hukum sarana sama dengan hukum tujuan).” Di bawah kaedah ini terdapat kaedah derivat atau turunan yaitu:
1. Maa laa yatimmul wajibu illah bihi fa huwa wajib (Suatu yang wajib yang tidak sempurna kecuali dengan sarana ini, maka sarana ini menjadi wajib)
2. Maa laa yatimmul masnun illah bihi fa huwa masnun (Suatu yang sunnah yang tidak sempurna kecuali dengan sarana ini, maka sarana ini menjadi wajib)
3. Maa yatawaqqoful haromu ‘alaihi fa huwa haromun (Suatu yang bisa menyebabkan terjerumus pada yang haram, maka sarana menuju yang haram tersebut menjadi haram)
4. Wasail makruh makruhatun (Perantara kepada perkara yang makruh juga dinilah makruh)
Maka lihatlah kaedah derivat yang ketiga di atas. Intinya, jika facebook digunakan untuk yang haram dan sia-sia, maka facebook menjadi haram dan terlarang.
http://catri.blogsome.com/2009/06/04/bincang-bincang-tentang-hukum-facebook/
Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-
أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ
Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)
http://www.facebook.com/notes/zaharuddinnet/facebook-yahudi-status-hukum/266743341082
Setelah meneliti pendapat-pendapat ahli2 agama dan pendapat ana sendiri.Ana rasa penggunaan FB tak ada salahnya...salurkan penggunaannya untuk kebaikan bersama dan terutamanya untuk agama....
Dan bagi ana,perkongsian masalah dan peribadi elakkanlah di FB...cukuplah org2 yang terdekat dan lebih afdal mengadu kepada ALLAH.....itulah sebaik2nya...
Gambar-gambar yang memaparkan kecantikan seorang wanita juga haruslah dielakkan.Biarlah kecantikan kita untuk tatapan suami dan ahli keluarga sahaja.
Kongsilah apa sahaja yang memaparkan keindahan Islam...dan peringatan-peringatan untuk diri kita dan shbt2 FB kita..mudah2an dengan usaha yang sedikit ini dapat mengingatkan hati yang lalai dan lara'...
wallahualam..:)
No comments:
Post a Comment