Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menipu diri sendiri, jangan jadikan kami sebagai orang-orang yang rakus dengan dunia, jangan kau jadikan segala kenikmatan menjadi pemberat langkah kami untuk menuju jalanMu. Jadikan kami sebagai orang-orang yang kau selamatkan dari tipu daya dunia. Jauhkanlah kami dari kemalasan, kebakhilan, kesombongan, ujub, riya’, sum’ah, ketakutan, kongkongan hutang dan finah manusia. Jadikan kami kuat di hadapan manusia, walau kami tahu lemahnya kami di hadapanMu

Monday, November 29, 2010

Sepetang bersama Kak Nora

Assalamualaikum
alhamdulillah Allah izinkan ana untuk berkongsi dengan shbt2
tentang sesuatu yang ana telah ikuti.

Dengan izinNYA,ana bersama-sama dgn dua org shbt ana di SHAMS dulu mengikuti satu program yang dinamakan 'sepetang bersama Nora'
Allah permudahhkan jalan ana untuk ana turut serta bersama dengan mereka,walaupun pada mulanya keadaan ana yang dalam perjalanan pulang dr kampung halaman dan cuaca yang tidak mengizinkan.alhamdulillah ALLAH mudahkan segalanya..

Ana telah dijemput oleh sahabat ana untuk menemaninya menjadi petugas untuk program di atas.Dengan tidak tahu apa-apa,ana terus bersetuju dan berharap ana sempat sampai sebelum jam dua petang.

Sampai di sana,ana tergamam...bersama Nora?ye ke?
sebenarnya,program ni untuk remaja-remaja terengganu yang dahagakan hiburan..
tapi tidak tahu bagaimana hendak salurkan...

Pihak penganjur telah mengaturkan satu program yang berbentuk hiburan untuk remaja tapi menurut landasan dan syariat yang ALLAH tetapkan..

pertama kali,dalm hidup ana..ana dapat rasanya indahnya kalau negara kita mengamalkan konsep berhibur yang dianjurkan oleh Islam itu sendiri...

Tanpa percampuran lelaki dan perempuan
di tempat yang tertutup untuk kaum muslimat
dan diserikan oleh artis yng begitu popular,kak nora

kak nora...telah diberi hidayah allah untuk bertudung..
alhamdulillah
dan dia dianugerahi ALLAH dengan satu suara yang cukup merdu
dan dia gunakan anugerah tu dengan sebaik2nya..

Islam itu indah
nak berhibur boleh..tak salah...
tapi perlulah mengikut landasan yang ALLAH tetapkan...

antaranya:
~tak bercampur lelaki dan perempuan
~tiada perkara2 yg haram

----------------------------------------------------------------
single terbaru kak nora:PEDOMAN

sama2 kita hayati:

Nodaku
Tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa
Segala belenggu
Sesama jiwaku hiba terasa perasaanmu..
lantas ku terus berdoa...

*Tuhan, berikan pedoman
tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai

Tuhan, berikan pedoman
dan bila ku menjauh
kembali ke pangkal jalan

Cahaya rahmatmu
Menyinar bahagia..
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh ku sebut nama mu
Yang maha Esa yang maha pengasih penyayang
Kurniaanmu
lantas ku bersujud bersyukur....

*
Ooooo...
Biar pedoman ini
Berkekalan di hati selamanya...
Berubat jiwa
Menyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba....

semoga dirimu sentiasa dalam keredaanNYA...

Sunday, November 28, 2010

Cabaran penulis muslim untuk berblog


  1. Niat

Untuk apa anda berblog?tepuk dada tanya iman...:)..mesti pelbagai jawapan yg anda bg..antaranya ialah suka-suka,sebagai diari,perkongsian dan medan mengasah bakat...tak lupa juga sebagai medium berdakwah.Sebagai seorang muslim kita ada satu tanggungjawab yang perlu kita galas..menyebarkan dakwah..tak kira sedikit atau pun banyak...biarlah sepatah,seayat atau satu entry,dapat berbekas di hati pembaca-pembaca blog..
Yang tersasar akan kembali ke pangkal jalan,yang bukan Islam akan berfikir yang mana hak dan batil dan yang sedang mujahadah akan terus bersemangat untuk berjuang..
Biarlah apa pun niat kita untuk berblog,betulkan niat kita..tujuan kita menyampaikan walaupun satu perkara.Manusia sering lupa..dan tanggungjawab kita ialah saling mengingati antara satu sama lain.Moga-moga apa yang kita tulis dalam setiap post kita membawa kebaikan bersama..Insya ALLAH

2.Dakwah

Dakwah dalam Islam boleh dibuat dalam pelbagai cabang.Antaranya dengan perbuatan,perlakuan dan percakapan.Ada orang ke sana sini untuk menyampaikan ajaran Islam.Dengan berbekalkan kelebihan yang ALLAH kurniakan,dia gunakan untuk menyampaikan dan mengajak orang ke arah kebaikan dengan bersuara.Ada orang dengan menyanyi,ALLAH kurniakan dia suara yang merdu,dia gunakan untuk menyampaikan lagu yang berunsur keIslaman disulami dengan bait-bait kata yang indah.Ada orang,dia nak berdakwah tapi tak tahu macam mana nak laksanakan.

Tapi kita,ALLAH dah pilih kita untk berdakwah menggunakan medium penulisan.Penulisan blog..Kenapa kita berblog?sbb kita nak sampaikan dakwah menggunakan teknologi masa kini.yang dekat dengan remaja.

Remaja sekarang suka berfacebook,berblog,berchatting dan sebagainya.Apa kata,kita sebagai remaja dan dakwah kita merangkumi golongan ini.Dari remaja untuk remaja..Kita dekati mereka dengan cara mereka.Tapi jangan pula kita yang terikut atau terjebak dengan mereka.Berdoalah agar ALLAH bantu kita.

3.Kesahihan

Jangan kita bulat-bulat ambil ayat-ayat al-quran atau hadis2 di dalam internet tanpa kita pastikan terlebih dahulu kesahihannya.Jika kita nak menggunakan ayat drpd al-quran sebagai hujah dan dalil kita,kita rujuk al-quran dan terjemahannya dahulu,agar kita tidak lari dr maksudnya.Di samping kita menjaga kemuliaan ayat-ayat ALLAH ini.Hati-hati ye..

4.Komitment

Dalam berblog,kita perlu juga komitment.Kenapa ye?Macam kita pergi usrah,setiap minggu kita pergi sebab kita ada komitment kat situ.Tujuan kita demi Islam.Mcm tu juga dalam berblog,jgn biarkan blog kita berhabuk..atleast seminggu sekali kita post satu entry.Sebab kita tidak tahu,ada pembaca-pembaca yang mengikut perkembangan blog kita,ada kalanya mereka tertunggu-tunggu keluaran terbaru.Sebab mereka dahagakan ilmu.Ini juga dinamakan dakwah.Kita pegang hati mereka dengan penulisan kita..

Ana suka mengambil contoh,idola ana,ustazah Fatimah Syarha yang sangat kreatif dalam penyampaian dakwah beliau.Beliau telah menghasilkan beberapa buah novel,buku dan sajak,Dan karya-karya beliau sangat terkesan di hati.Melalui cara itu,dia berjaya memegang hati-hati remaja yang dahagakan ilmu dengan penulisan beliau.

5.Bahasa


Bahasa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mengendalikan sesuatu blog.Bahasa menggambarkan keperibadian seseorang.Kita dapat mengenali seseorang itu melalui gaya bahasa yang disampaikan.Sebagai seorang muslim,Islam mengajar kita beradab dalam percakapan,pergaulan dan sebagainya.Gunalah bahasa yang mengambarkan keintektualan seorang muslim dan keperibadian muslim itu sendiri.Kita membawa imej Islam tanpa kita sedari.O;eh itu,jagalah keperibadian kita sebagai seorang muslim.

6.Praktikal

Alah apa yang dia tulis kat blog,bukan dia buat pun...Kata-kata itu sering ana dengar..Kadang-kadang kita leka dalam penulisan kita.Kita menyuruh membuat itu ini,tapi kita sendiri tak laksanakan...
Ilmu tanpa amal..sia-sia
amal tanpa ilmu...bodoh
imu dan amal...cerdik pandai..

Oleh itu,tatkala kita asyik mencoretkan sesuatu..sebenarnya apa yang kita tulis itu adalah untuk diri kita dan pembaca-pembaca blog.Secara tak langsung,kita mendidik diri kita dan mengajak rakan-rakan diluar sana melakukan kebaikan..

7.Kejujuran

Kita sering mengambil sesuatu idea daripada blogger-blogger lain,apa kata kita link kan blogger dia setiap post kta.Itu sebenarnya bukan idea daripada kita tapi daripada rakan-rakan blogger yang kita ikuti.Moga-moga apa yang mereka sampaikan dan kita sebarkan mendapat manfaat bersama.Jujurlah ketika membuat sesuatu entry...



Saturday, November 27, 2010

Salam Pertemuan


Salam Ukhwah
salam persahabatan
salam persaudaran seIslam..

Alhamdulillah..dengan izin ALLAH..akhirnya blog baru Sumayyah telah siap...
Blog lama ana...telah ana delete disebabkan beberapa masalah teknikal...Diharapkan dengan wajah baru..misi dan matlamat baru..utk berdakwah dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan di luar sana.

Blog ini tidak seperti blog lama..agak simple dan tidak begitu banyak gadjet.Sememangnya,ringkas dan padat Su lebih utamakan...Diharapkan dengan maklumat-maklumat yg akan Su kongsi dgn shbt2 dapat berbekas di hati dan seterusnya dapat dijadikan pedoman dan yg tak elok sama2 kita perbaiki..insya ALLAH

Konsep Su pada blog kali ni...ialah hanya memberi yang termampu..Su cuba memberi apa yang Su tahu dan Su belajar untuk sama-sama kita belajar dan berfikir.

Kali ini,Su juga mahu kita sama-sama bertukar-tukar pandangan dan pendapat.Su harap sangat,jika pandangan Su mengguris hati atau tersilap,Su mohon shbt2 menegur dan memperbetulkan kesilapan Su...sesungguhnya Su insan biasa..yang sentiasa melakukan kesilapan dan kesalahan...

Blog ini juga merupakan luahan peribadi Su terhadap beberapa isu semasa,kerjaya Su sebagai pendidik dan keagamaan...

^-^