- Niat
Untuk apa anda berblog?tepuk dada tanya iman...:)..mesti pelbagai jawapan yg anda bg..antaranya ialah suka-suka,sebagai diari,perkongsian dan medan mengasah bakat...tak lupa juga sebagai medium berdakwah.Sebagai seorang muslim kita ada satu tanggungjawab yang perlu kita galas..menyebarkan dakwah..tak kira sedikit atau pun banyak...biarlah sepatah,seayat atau satu entry,dapat berbekas di hati pembaca-pembaca blog..
Yang tersasar akan kembali ke pangkal jalan,yang bukan Islam akan berfikir yang mana hak dan batil dan yang sedang mujahadah akan terus bersemangat untuk berjuang..
Biarlah apa pun niat kita untuk berblog,betulkan niat kita..tujuan kita menyampaikan walaupun satu perkara.Manusia sering lupa..dan tanggungjawab kita ialah saling mengingati antara satu sama lain.Moga-moga apa yang kita tulis dalam setiap post kita membawa kebaikan bersama..Insya ALLAH
2.Dakwah
Dakwah dalam Islam boleh dibuat dalam pelbagai cabang.Antaranya dengan perbuatan,perlakuan dan percakapan.Ada orang ke sana sini untuk menyampaikan ajaran Islam.Dengan berbekalkan kelebihan yang ALLAH kurniakan,dia gunakan untuk menyampaikan dan mengajak orang ke arah kebaikan dengan bersuara.Ada orang dengan menyanyi,ALLAH kurniakan dia suara yang merdu,dia gunakan untuk menyampaikan lagu yang berunsur keIslaman disulami dengan bait-bait kata yang indah.Ada orang,dia nak berdakwah tapi tak tahu macam mana nak laksanakan.
Tapi kita,ALLAH dah pilih kita untk berdakwah menggunakan medium penulisan.Penulisan blog..Kenapa kita berblog?sbb kita nak sampaikan dakwah menggunakan teknologi masa kini.yang dekat dengan remaja.
Remaja sekarang suka berfacebook,berblog,berchatting dan sebagainya.Apa kata,kita sebagai remaja dan dakwah kita merangkumi golongan ini.Dari remaja untuk remaja..Kita dekati mereka dengan cara mereka.Tapi jangan pula kita yang terikut atau terjebak dengan mereka.Berdoalah agar ALLAH bantu kita.
3.Kesahihan
Jangan kita bulat-bulat ambil ayat-ayat al-quran atau hadis2 di dalam internet tanpa kita pastikan terlebih dahulu kesahihannya.Jika kita nak menggunakan ayat drpd al-quran sebagai hujah dan dalil kita,kita rujuk al-quran dan terjemahannya dahulu,agar kita tidak lari dr maksudnya.Di samping kita menjaga kemuliaan ayat-ayat ALLAH ini.Hati-hati ye..
4.Komitment
Dalam berblog,kita perlu juga komitment.Kenapa ye?Macam kita pergi usrah,setiap minggu kita pergi sebab kita ada komitment kat situ.Tujuan kita demi Islam.Mcm tu juga dalam berblog,jgn biarkan blog kita berhabuk..atleast seminggu sekali kita post satu entry.Sebab kita tidak tahu,ada pembaca-pembaca yang mengikut perkembangan blog kita,ada kalanya mereka tertunggu-tunggu keluaran terbaru.Sebab mereka dahagakan ilmu.Ini juga dinamakan dakwah.Kita pegang hati mereka dengan penulisan kita..
Ana suka mengambil contoh,idola ana,ustazah Fatimah Syarha yang sangat kreatif dalam penyampaian dakwah beliau.Beliau telah menghasilkan beberapa buah novel,buku dan sajak,Dan karya-karya beliau sangat terkesan di hati.Melalui cara itu,dia berjaya memegang hati-hati remaja yang dahagakan ilmu dengan penulisan beliau.
5.Bahasa
Bahasa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mengendalikan sesuatu blog.Bahasa menggambarkan keperibadian seseorang.Kita dapat mengenali seseorang itu melalui gaya bahasa yang disampaikan.Sebagai seorang muslim,Islam mengajar kita beradab dalam percakapan,pergaulan dan sebagainya.Gunalah bahasa yang mengambarkan keintektualan seorang muslim dan keperibadian muslim itu sendiri.Kita membawa imej Islam tanpa kita sedari.O;eh itu,jagalah keperibadian kita sebagai seorang muslim.
6.Praktikal
Alah apa yang dia tulis kat blog,bukan dia buat pun...Kata-kata itu sering ana dengar..Kadang-kadang kita leka dalam penulisan kita.Kita menyuruh membuat itu ini,tapi kita sendiri tak laksanakan...
Ilmu tanpa amal..sia-sia
amal tanpa ilmu...bodoh
imu dan amal...cerdik pandai..
Oleh itu,tatkala kita asyik mencoretkan sesuatu..sebenarnya apa yang kita tulis itu adalah untuk diri kita dan pembaca-pembaca blog.Secara tak langsung,kita mendidik diri kita dan mengajak rakan-rakan diluar sana melakukan kebaikan..
7.Kejujuran
Kita sering mengambil sesuatu idea daripada blogger-blogger lain,apa kata kita link kan blogger dia setiap post kta.Itu sebenarnya bukan idea daripada kita tapi daripada rakan-rakan blogger yang kita ikuti.Moga-moga apa yang mereka sampaikan dan kita sebarkan mendapat manfaat bersama.Jujurlah ketika membuat sesuatu entry...
No comments:
Post a Comment