Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menipu diri sendiri, jangan jadikan kami sebagai orang-orang yang rakus dengan dunia, jangan kau jadikan segala kenikmatan menjadi pemberat langkah kami untuk menuju jalanMu. Jadikan kami sebagai orang-orang yang kau selamatkan dari tipu daya dunia. Jauhkanlah kami dari kemalasan, kebakhilan, kesombongan, ujub, riya’, sum’ah, ketakutan, kongkongan hutang dan finah manusia. Jadikan kami kuat di hadapan manusia, walau kami tahu lemahnya kami di hadapanMu

Saturday, April 30, 2011

Baiti Jannati





Nak bina baiti Jannati perlu pada asasnya antaranya:

* Pilihlah pasangan hidup yg asas agama kukuh..
agar isteri dapat dipimpin untuk mencapai redaNYA
* Redha ibu bapa sangat penting dalam sesuatu hubungan
* Permulaan sesuatu hubungan mengikut syariatNYA

to be continue...

salam ukhwah fillah,

Friday, April 29, 2011

20 MEI?

20 Mei?
Ada apa ye?

Tarikh genting...
tarikh tutup
untuk submit portfolio

kepada kawan2..
pemulihan khas..
chaiyok2...
anda boleh!!!

kita jgn korbankan cuti kita,
tapi
gunakan sebaik2nya masa yang ada
utk menyiapkan portfolio..

SEPTEMBER
bulan penentuan
antara LULUS atau GAGAL...

GO..GO...
sama2 kita berganding bahu
bekerjasama
jgn
ada gaduh2
terasa hati

kerana kita satu keluarga
PISMP 5F


salam ukhwah fillah,

Tuesday, April 26, 2011

~pilihan~

Assalamualaikum...
salam ukhwah..

Pilihan..antara dua......
memang sukar dibuat..


Dalam menyiapkan diri menjadi seorang muslimah solehah..
Diri ini kadang kala diuji dan terus diuji...

Bila luahkan kepada umi dan keluarga..
Alhamdulillah mendapat sedikit kekuatan...

yang paling penting..luahkan segalanya kepada NYA...
Di situlah ketenangan ditemui..

Ya Allah permudahkan urusan...


~mampukah ku miliki seseorang seperti ustaz azzam~

salam ukhwah fillah,

Kuliah Palestin..Jom ramai2 imarahkan..


Assalamualaikum..shbt2 sekalian

insya allah surau at-taqwa akan mengadakan kuliah palestin

tarikh:28/4/2011 khamis malam jumaat

tempat:surau at-taqwa IPG KBM

masa:slps magrib

penceramah:saudara akhi azmi khatiman(peserta konvoi kemanusiaan Lifeline 4Ghazzah)LL4G

muslimat dan muslimin dijemput hadir.Sila hebahkan kepada shbt2 sekitar PJ dan KL serta masyarakat sekitarnya.

~isu palestin bukan isu rakyat palestin sahaja tetapi isu ummat Islam...~

suburkan rasa rindu dan cinta kepada masjidilaqsa dan rasa ingin membantu rakyat palestin.

sebarang pertanyaan sila berhubung dengan ana(akhwat) dan saudara khairul haleem(ikhwah)

syukran:)



salam ukhwah fillah,

Thursday, April 14, 2011

Praktikum fasa 1

Assalamualaikum...
Salam Ukhwah

Alhamdulillah...ana panjatkan pada Illahi,dengan limpah kurnianya,ana dan sbt ana telah berjaya mengakhiri praktikum fasa satu..

Ana telah dikurniakan 4orang anak didik,murid-murid pertamaku....
Seorang yang hyperaktif dan 3 yang lain adalah masalah lambat dalam pelajaran...



Pelbagai pengalaman yang ana tempuhi...

ya allah,baru ana menghayati apa itu kerjaya guru...
seorang guru,
perlulah sabar dalam mendidik anak-anak murid
ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yg diberi semata2 kerana ALLAH..

Tatkala,seorang kanak-kanak berlari2 bila datang ke kelas pemulihan...hati ana begitu sayu...
mereka begitu dahagakan ilmu...nak belajar..tapi ALLAH bagi mereka dugaan kerana mereka tidak seperti kanak-kanak lain..yang sudah boleh membaca ,menulis dan mengira.

Murid-muridku...tabahlah dalam mengharungi kehidupan..
Cikgu yakin..suatu hari nanti kalian akan berjaya...Doa cikgu sentiasa mengiringi kalian..

Tatkala cikgu memandang wajah suci kalian,cikgu berasa sangat sayu..bila teringat kisah yang tersembunyi..cikgu rasa amat berat bg kalian untuk hadapi semua ini...

Tapi cikgu tahu,kalian adalah insan yang sangat hebat.....

Hati ini...sangat sedih bila hendak berpisah ngan kalian......maafkan cikgu jika sepanjang cikgu mendidik kalian,cikgu ada terkasar.marah dan cubit2 manja...

Dalam hati cikgu,,cuma satu...cikgu nak jadi kalian pandai...


~kerjaya guru pemulihan sangat berat..ikhlaskan hati shbt2 dalam meneruskan perjuangan ini~

salam ukhwah fillah,

Wednesday, April 6, 2011

Sunday, April 3, 2011

TOPS 1



Assalamualaikum..
Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya...
Ana masih menghirup udara segar di muka bumi ciptaan ALLAH ini..

ALLAH juga telah memilih ana dan beberapa orang shbt untuk menyertai satu program yang diberi nama TOPS iaitu training for palestine specialist part 1.

Ikhwah dan akhawat yg datang pada hari itu mewakili daerah di negeri Selangor.Alhamdulillah,ana terpilih untuk mewakili daerah PJ..bawah aqsa syarif PJ dan Ikram PJ...

Ana gerun dan takut dengan amanah yg diberi,Ya Allah...ana terpilih menjadi salah seorang daripada puluhan ikhwah dan akhwat...

Apabila ana mendapat sms daripada akhi Najmi..ana terus menjawab ya..tanpa memikirkan halangan berkenaan tarikh tersebut..

Ana membisikkan dalam hati..Ya ALLAH,jika Engkau izinkan ak menghadiri program ni,permudahkan jalanku..dan jika sebaliknya,hanya Engkau sahaja mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu.

ana terus mencari seorang akhwat untuk menemani ana..shbt2 ana yg lain sangat sibuk menjalani praktikum..ana memilih adik2 junior untuk menjadi pelapis perjuangan dakwah di IPG KBM..alhamdulillah..ALLAH mudahkan urusan ana.

Ikhlaskan hati antunna untuk menghadiri program kali ini..itulah pesanan ringkas yg ana terima dr akh azmi khatiman selaku pengarah program kali ini...

Ya...ikhlaskan hati...itu yg paling utama agar ilmu yg kita nak dapat pada hari tersebut mudah difahami...dan dihayati..

Program kali ini disampaikan sepenuhnya oleh Prof Madya Dr Hafizi Mohd Nor..pengarah PACE..





salam ukhwah fillah,