Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menipu diri sendiri, jangan jadikan kami sebagai orang-orang yang rakus dengan dunia, jangan kau jadikan segala kenikmatan menjadi pemberat langkah kami untuk menuju jalanMu. Jadikan kami sebagai orang-orang yang kau selamatkan dari tipu daya dunia. Jauhkanlah kami dari kemalasan, kebakhilan, kesombongan, ujub, riya’, sum’ah, ketakutan, kongkongan hutang dan finah manusia. Jadikan kami kuat di hadapan manusia, walau kami tahu lemahnya kami di hadapanMu

Thursday, April 14, 2011

Praktikum fasa 1

Assalamualaikum...
Salam Ukhwah

Alhamdulillah...ana panjatkan pada Illahi,dengan limpah kurnianya,ana dan sbt ana telah berjaya mengakhiri praktikum fasa satu..

Ana telah dikurniakan 4orang anak didik,murid-murid pertamaku....
Seorang yang hyperaktif dan 3 yang lain adalah masalah lambat dalam pelajaran...



Pelbagai pengalaman yang ana tempuhi...

ya allah,baru ana menghayati apa itu kerjaya guru...
seorang guru,
perlulah sabar dalam mendidik anak-anak murid
ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yg diberi semata2 kerana ALLAH..

Tatkala,seorang kanak-kanak berlari2 bila datang ke kelas pemulihan...hati ana begitu sayu...
mereka begitu dahagakan ilmu...nak belajar..tapi ALLAH bagi mereka dugaan kerana mereka tidak seperti kanak-kanak lain..yang sudah boleh membaca ,menulis dan mengira.

Murid-muridku...tabahlah dalam mengharungi kehidupan..
Cikgu yakin..suatu hari nanti kalian akan berjaya...Doa cikgu sentiasa mengiringi kalian..

Tatkala cikgu memandang wajah suci kalian,cikgu berasa sangat sayu..bila teringat kisah yang tersembunyi..cikgu rasa amat berat bg kalian untuk hadapi semua ini...

Tapi cikgu tahu,kalian adalah insan yang sangat hebat.....

Hati ini...sangat sedih bila hendak berpisah ngan kalian......maafkan cikgu jika sepanjang cikgu mendidik kalian,cikgu ada terkasar.marah dan cubit2 manja...

Dalam hati cikgu,,cuma satu...cikgu nak jadi kalian pandai...


~kerjaya guru pemulihan sangat berat..ikhlaskan hati shbt2 dalam meneruskan perjuangan ini~

salam ukhwah fillah,

No comments:

Post a Comment