Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menipu diri sendiri, jangan jadikan kami sebagai orang-orang yang rakus dengan dunia, jangan kau jadikan segala kenikmatan menjadi pemberat langkah kami untuk menuju jalanMu. Jadikan kami sebagai orang-orang yang kau selamatkan dari tipu daya dunia. Jauhkanlah kami dari kemalasan, kebakhilan, kesombongan, ujub, riya’, sum’ah, ketakutan, kongkongan hutang dan finah manusia. Jadikan kami kuat di hadapan manusia, walau kami tahu lemahnya kami di hadapanMu

Friday, March 16, 2012

Kek Karemel

 Firstly...nk ucapkan ribuan terima kasih kasih kepada kak Azlita.. sifu yg online dan tuan punya blog kak ita...blog akak sgt2 membantu diri ini dlm mendalami ilmu masak-memasak...thanks all tips..




Resepi kek Karamel by kak ita

2 sudu besar gula pasir (sy rasa pasni guna 1 1/2 sb shj or 1 shj..sbb agak manis)

Sediakan loyang 8 inc. 
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan 
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan


Bahan Karemel
1/2 tin susu cair (suhu bilik gak)
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur (suhu bilik tau)

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )


Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air 
45ml minyak masak (minyak sayuran lebih baik)

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.(sy guna mixer je..tp yg plg slow)

Merinque  (sy blaja ni kt tv -masterchef)
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning (asingkan guna kulit telur,mcm kt masterchef tu,sgt senang)
70g gula castor (3 1/2 sb)
1 sudu teh krim of tar2 (fungsi dia mcm serbuk penaik,sy tak letak pun..ok je)

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda suka.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan (sabar ye...penat skit step ni..hehe)
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath (kt youtube ada...cuba cari)
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.(sy punya satu jam tp skit hangit..pasni mybe dlm 45 minit..guna api bawh je)
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.



p/s:..if kwn2 ada mslh or nk ty pe2..leh je..sama2 kta share mslh..if sy leh bntu..sy pun budak baru blaja...

1 comment:

  1. How to play Baccarat for Real Money at Online Casinos - febcasino
    Play Baccarat Online 바카라사이트 for Real Money at 인카지노 the Best Online Casinos ✔️ Check out the top real money Baccarat game providers!🎁 deccasino Free Baccarat: Play Free Baccarat

    ReplyDelete