Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menipu diri sendiri, jangan jadikan kami sebagai orang-orang yang rakus dengan dunia, jangan kau jadikan segala kenikmatan menjadi pemberat langkah kami untuk menuju jalanMu. Jadikan kami sebagai orang-orang yang kau selamatkan dari tipu daya dunia. Jauhkanlah kami dari kemalasan, kebakhilan, kesombongan, ujub, riya’, sum’ah, ketakutan, kongkongan hutang dan finah manusia. Jadikan kami kuat di hadapan manusia, walau kami tahu lemahnya kami di hadapanMu

Friday, March 29, 2013

Mari Belajar Al-Quran

As salam
Dengan izin ALLAH, ALLAH mudahkan urusan untuk mendalami alquran dengan sebaiknya..

Dan akhirnya...teknik AL-BAGHDADI menjadi pilihan hati...
Tanggal 24 Mac 2013, sy bersama dengan umi pergi mendaftar untuk kelas belajar al-quran.

Yuran pendaftaran RM75 dan yuran bulanan RM100. Agak mahal bagi sy, sebab sy menganggur lagi..tp bg sy..tak pelah..kalau nak belajar..apa salahnya..ni ilmu akhirat..:)

Saya diberikan satu buku dan alat ketuk



ni buku yg sy dpt dan alat ketuk sekali



Buku ni yg diajar dalam tempoh 3bulan...insya allah..:)

Selepas itu, baru belajar tajwid selama 3bulan
(buku ni tak dapat lagi..dah habis stok)



Satu ketukan..satu harakat..itu konsepnya.Mula2 agak kekok juga nak ketuk, tapi lama-kelamaan, best plak..alat ni cuma nak kawal bacaan panjang pendek kta.

Saya belajar 2kali seminggu. Setiap sesi 1jam..

ALhamdulillah....akhirnya dpt belajar alquran dengan betul..insya allah..Walaupun dah khatam alquran berkali-kali, tapi adakah tajwid,panjang pendek bacaan kita, betul atau salah?

Belajar tak kenal usia..^_^

#seronoknya mengaji#


salam ukhwah fillah,

Wedding Cousin

As salam

alhamdulillah..selesai sudah, majlis akad nikah..my cousin..kakak nody...a.k.a kak nordiyana...

so sweet korang berdua..:)
moga bahagia hingga ke syurga..insya allah..^_^




salam ukhwah fillah,

Tuesday, March 5, 2013

Kek Batik

As salam

Teringin sangat nk makan kek batik...dh lama kot tak mkn kek ni..dlu masa mula-mula berjinak dalam buat kek ni, saya belajar dr senang kepada susah..

Kek batik, antara kek yang paling awal sy belajar dlu sebelum belajar membuat kek-kek lain.

Dalam 15 minit dah siap...he2..:)

sorriiii pic takde kali ni..tak dan nak snap..dh tinggal separuh..^-^

Bahan-bahannya:

  • Biskut marie (1bungkus)-sy guna 1/2 bungkus
  • 1/2 tin besar susu pekat
  • 1/2 cawan milo
  • 1/3 cawan air panas
  • 150 g butter
Cara-caranya:
  • Masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali biskut marie kedalam periuk.
  • Kacau perlahan-lahan, di atas api yang perlahan selama 10minit @ sehingga mendidih.
  • Susun biskut marie dalam loyang.
  • Tuang adunan yang mendidih tadi ke atas biskut.
  • Sejukkan dalam peti ais. Enak dimakan ketika sejuk. Lebih biarkan semalaman.

Selamat mencuba..:)


salam ukhwah fillah,

PMC

Apa itu PMC?

P: PURE
M: MARINE
C: COLLAGEN


Alhamdulillah..hari ni dah nak masuk sebulan lebih, sy dah amalkan PMC. Best sgt2 PMC ni.

Antara kebaikan yang sy dpt ialah:

  • senggugut dh tak ada.. Dulu sehari atau dua hari akan sakit sehingga tidak boleh bangun..sekarang alhamdulillah..:)
  • parut jerawat semakin pudar dan jerawat baru akan kecut sehari jika sapu PMC.
  • badan sangat-sangat ringan. Buktinya, senang bangun pagi..dan badan terasa sangat segar.
  • kulit tidak terasa kering..dah mula lembab.

Tapi..pengalaman semasa baru nak minum dulu sangat-sangat susah. Tapi,alhamdulillah,sekarang dah ok dan tak rasa apa2. Mudah saja, caranya:

3sudu PMC + 1/2 gelas air masak yg dicampur dengan satu sudu sunquick. Kacau dan minum perlahan-lahan. Sebelum minum, amalkan selawat dan istighfar 3x.

Amalkan selepas bgn dr tidur iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur malam. 2 kali sehari.

Seminggu 3x, saya amalkan masker di muka. Caranya dengan menyapu PMC di muka dan biarkan sehingga kering.

Cara masak:
  1. Basuh PMC 5-6 kali
  2. Rendam semalaman dalam bekas plastik
  3. Basuh lagi sebanyak 5-6 kali
  4. Masukkan dalam periuk dengan 3liter air dan beberapa helai daun pandan.
  5. Biarkan sehingga mendidih. dalam 20minit di atas api yang sederhana.
  6. Kemudian, letakkan dalam bekas plastik/tupperware. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais. PMC tahan selama beberapa bulan.

PMC ni bentuknya macam jelly atau agar-agar. Rasanya neutral tapi baunya agak hanyir.

Tryla...



semoga dapat membantu shbt2 diluar sana.

salam ukhwah fillah,

Sunday, March 3, 2013

03032013

~SANAH HELWAH 25~

Alhamdulillah...hari ini genaplah 25tahun..sy berada di bumi ALLAH ini.

terima kasih kepada semua yang mengingati tarikh lahir sy..:)
03032013...angka yg begitu bererti buat sy..
Dengan bertambahnya usia..bertambahnya juga dosa dan amalan2 baik yang kita lakukan sama ada sedar atau tidak.
Kematian semakin menghampiri...semoga kta sentiasa mendapat lindunganNYA di dunia dan akhirat.



salam ukhwah fillah,