Teringin sangat nk makan kek batik...dh lama kot tak mkn kek ni..dlu masa mula-mula berjinak dalam buat kek ni, saya belajar dr senang kepada susah..
Kek batik, antara kek yang paling awal sy belajar dlu sebelum belajar membuat kek-kek lain.
Dalam 15 minit dah siap...he2..:)
sorriiii pic takde kali ni..tak dan nak snap..dh tinggal separuh..^-^
Bahan-bahannya:
- Biskut marie (1bungkus)-sy guna 1/2 bungkus
- 1/2 tin besar susu pekat
- 1/2 cawan milo
- 1/3 cawan air panas
- 150 g butter
Cara-caranya:
- Masukkan semua bahan-bahan di atas kecuali biskut marie kedalam periuk.
- Kacau perlahan-lahan, di atas api yang perlahan selama 10minit @ sehingga mendidih.
- Susun biskut marie dalam loyang.
- Tuang adunan yang mendidih tadi ke atas biskut.
- Sejukkan dalam peti ais. Enak dimakan ketika sejuk. Lebih biarkan semalaman.
Selamat mencuba..:)
salam ukhwah fillah,
No comments:
Post a Comment