Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menipu diri sendiri, jangan jadikan kami sebagai orang-orang yang rakus dengan dunia, jangan kau jadikan segala kenikmatan menjadi pemberat langkah kami untuk menuju jalanMu. Jadikan kami sebagai orang-orang yang kau selamatkan dari tipu daya dunia. Jauhkanlah kami dari kemalasan, kebakhilan, kesombongan, ujub, riya’, sum’ah, ketakutan, kongkongan hutang dan finah manusia. Jadikan kami kuat di hadapan manusia, walau kami tahu lemahnya kami di hadapanMu

Wednesday, February 27, 2013

Penilaian Khas

Alhamdulillah....

Syukur kehadratNYA akhirnya aku terpilih dalam kelompok penilaian khas...

Apa itu Penilaian Khas?


Dalam mempertimbangkan pelantikan ini, SPP telah membuat 
keputusan bahawa sejumlah 2,791 graduan cemerlang yang 
memperoleh CGPA 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan A- dalam 
Praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemu duga 
untuk pelantikan tetap. Mereka yang terdiri daripada 1,601 graduan 
IPTA dan 1,190 graduan IPGM hanya perlu menjalani sesi penilaian 
khas yang akan dilaksanakan oleh SPP.



Sepanjang 3 fasa berpraktikum di dua buah sekolah di Selangor, bermacam-macam dugaan dan ujian bg menjayakannya...alhamdulillah dgn berkat bimbingan pensyarah pembimbing dan tunjuk ajar seluruh warga sekolah sepanjang menjalani praktikum...akhirnya,aku dpt tempuhi dgn jayanya.

Kenangan yang paling tidak dapat kulupakan...iaitu semasa praktikum fasa 3. Dengan masalah politik di sekolah dn berbagai tugasan selain tugasan praktikum amat meletihkan dan memenatkan. Tapi di situ aku belajar, belajar untuk mengurus masa dengan sebaiknya.

Pada hari terakhir, aku dinilai oleh pensyarah pembimbingku..Beliau memberitahuku markah yang aku perolehi. Alhamdulillah aku dapat A- tp dalam hatiku..aku masih tidak berpuas hati..aku mahu A

Aku terus berjumpa dengannya dan menyatakan kepadanya kenapa aku harus A. Dengan bukti dan alasan yang sangat2 memberangsangkan..akhirnya aku berjaya dapat A....alhamdulillah.

Pointerku tidak sehebat rakan2ku yang lain.kadang kala aku rasa rendah diri dengan shbt2 ku yang pandai2 belaka..tp aku akur, kadangkala kesibukan diriku menguruskan pelbagai acara dan majlis kadangkala memaksaku untuk tidak hadir ke kuliah..ahh alangkah ruginya..:(....tp aku terpaksa memilih..kuliah ataupun amanah...aku selalu bertawakal dan berserah kepadaNYA 100% dalam membuat keputusan.

Dan yang paling penting..kebergantungan yang tinggi kepadaNYA akan membuahkan hasil.Jika kita betul-betul amanah dalam menjalankan tanggungjawab, insya allah, allah akan hadiahkan sesuatu diluar jangkaan kita..

Saya dapat rasai nikmat itu..alahmdulillah..terima kasih ALLAH.

Buat adik-adikku 12 orang yang dapat penilaian khas..tahniah ye..:) dan 7 orang dapat interview juga kuucapkan tahniah..korang mmg hebat..^_^..insan-insan terpilih sahaja yang dapat.

Dengan jalan yang mudah ini..sama-samalah kita berazam untuk menjadi seorang guru Pendidikan Pemulihan yang dedikasi dan bertanggungjawab dalam mendidik anak bangsa kita kelak..

Selamat menunggu keputusan posting pulak..:)


salam ukhwah fillah,

Sunday, February 3, 2013

Itu cuma perasaan...

nervous...

normal la kan....
tp kali ni..mcm pelik je

aik..kan dh biasa nervous..

masa drive kereta,
masa bentang kajian tindakan,
masa kena interview,
masa audit MQA..

semua tu mmg nervous

ya allah tenanglah diriku...
always with mp3 dgr zikir...
penenang diri..
siang dan malam..

rabiyasirwalatua'ssir

salam ukhwah fillah,

Saturday, February 2, 2013

surat utk bakal imamku


Zauj,
Indahnya ikatan suci ni..
Mendapat restu Illahi
Mendapat restu ibu dan ayah,

Zauj,
Diriku hanya insan biasa,
penuh dengan cacat dan cela,
apatah lagi insan yang sering melakukan dosa,
Bimbinglah ak kejalanNYA
Jalan yang diredhai Illahi.


Zauj,
Kisah silamku penuh dengan onak dan duri,
Pimpinlah diri ini agar masa depan bahagia bersamamu,
Membina keluarga yang mahabbah wa rahmah
Bukan dengan perkara-perkara lara.

Zauj,
Jika diri ini melakukan salah dan silap,
tegurlah
bimbinglah
tunjuk ajarlah
agar segala kesilapan dapat diperbetulkan
diri ini masih belajar
dan belajar
untuk menjadi isteri SOLEHAH



Zauj,
terima kasih kerana menerima diri ini seadanya
terima kasih kerana memilih diri ini menjadi permaisuri di hatimu

salam ukhwah fillah,