Zauj,
Indahnya ikatan suci ni..
Mendapat restu Illahi
Mendapat restu ibu dan ayah,
Zauj,
Diriku hanya insan biasa,
penuh dengan cacat dan cela,
apatah lagi insan yang sering melakukan dosa,
Bimbinglah ak kejalanNYA
Jalan yang diredhai Illahi.
Zauj,
Kisah silamku penuh dengan onak dan duri,
Pimpinlah diri ini agar masa depan bahagia bersamamu,
Membina keluarga yang mahabbah wa rahmah
Bukan dengan perkara-perkara lara.
Zauj,
Jika diri ini melakukan salah dan silap,
tegurlah
bimbinglah
tunjuk ajarlah
agar segala kesilapan dapat diperbetulkan
diri ini masih belajar
dan belajar
untuk menjadi isteri SOLEHAH
Zauj,
terima kasih kerana menerima diri ini seadanya
terima kasih kerana memilih diri ini menjadi permaisuri di hatimu
salam ukhwah fillah,
No comments:
Post a Comment