Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menipu diri sendiri, jangan jadikan kami sebagai orang-orang yang rakus dengan dunia, jangan kau jadikan segala kenikmatan menjadi pemberat langkah kami untuk menuju jalanMu. Jadikan kami sebagai orang-orang yang kau selamatkan dari tipu daya dunia. Jauhkanlah kami dari kemalasan, kebakhilan, kesombongan, ujub, riya’, sum’ah, ketakutan, kongkongan hutang dan finah manusia. Jadikan kami kuat di hadapan manusia, walau kami tahu lemahnya kami di hadapanMu

Friday, December 31, 2010

M.A.A.F






Maafkan diri ini kerna tidak dapat memaafkan dirimu,
Biarlah masa berlalu,
agar kudapat maafkan dirimu dengan seikhlas hati,

Suatu ketika,
Ak tidak tahu bila..
tapi yang pasti..
Ak akan memaafkan dirimu..

Sesungguhnya manusia tidak sempurna..
begitu juga ak..

Bagi ak masa untuk terus berjuang dengan diriku supaya memaafkanmu
tiada dendam dan perkara diungkit pada kemudian hari..

Ya allah..bantulah hambaMU ini..
bantulah ak supaya memaafkan kesalahan dia...

Thursday, December 30, 2010

KEHIDUPAN


Kadangkala kehidupan sungguh memenatkan,mengelirukan
Kadangkala kehidupan sungguh menyeronokkan,mengasyikkan

Hingga kulupa tentang kehidupan yang HAKIKI
yang bakal kutempuhi keseorangan
tanpa ditemani insan tersayang malahan keluarga tercinta

Ku takut,
Ku gerun,
Ku gementar,

Hanya mampu kulakukan 3 perkara penemanku sepanjang di SANA
Doa anak yang soleh,sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat...

Moga kerjayaku sebagai seorang pendidik dapat membantuku ketika di SANA...




Time to F.O.C.U.S



Alhamdulillah..dah sampai penghujungnya cuti semester kali ini...sekolah pun nak buka..so IPG pun samalah...ikut cuti sekolah;)

Cuti sekolah??

digunakan sepenuhnya...o dibiarkan berlalu begitu saja..

erm..alhamdulillah...
Su dapat improve my cooking skill and also can teach my sis to cook..

dapat ajar my little sis to solat dan mengaji..alhamdulillah..
sekarang aina dah tak tinggal solat 5 waktu dan mengaji..
kdg2 teman dia baca buku dan buat latihan menulis..

Su harap..aina dapat jadi anak yang solehah nanti..
luv u so much aina!!!



Ahad ni sepatutnya dah start sekolah untuk pantai timur..
disebabkan bola menang..kerajaan bagi cuti...yahoo!!!
tp Su tak terlibat pun...sbb Ahad dh sampai IPG..;(

Aina pun dah melangkah ke Tahun 1..
Dah besar erk...adik akak..



Pasni,Su akan kelihatan seperti di atas..
WHY??

sbb thn depan kena rajin..nak pergi praktikum..
hope dapat A untuk praktikum..
insya ALLAH..

nak rasa gak dapat anugerah citra keguruan IPG..
insya allah tahun depan pulun habis...

p/s:bz BBM....cikgu pemulihan kena rajin..dalam 5tahun mesti dapat cikgu cemerlang..;)

Wednesday, December 22, 2010

Blog Safe

The following are useful tips to be safe when you are on the Internet:

Avoid posting entries that could enable a stranger to know where you are or where you live.
Do not post your personal information, your house address or places where you normally visit.
If the blog service has a “friends” list that allows you to control who can visit your profile or blog, allow only people you know and trust. If you don't use the privacy feature, anyone can see your information, including people with some bad intentions.
Don't get together with someone you “meet” in a blog unless you are very certain of who they are. Although it may not be totally safe when you meet, bring your friends along.
Avoid posting photos that allow people to identify you.
Do not respond to mean, offensive or embarrassing comments. Delete them and, if possible, block offensive people from commenting further.
Membership rules are there to protect people. If you are too young to sign up, do not attempt to lie about your age. Talk with your parents about site that may allow juniors.

http://www.cybersafe.my/youth-blog.html

Tuesday, December 21, 2010

Doa mengharap anak / kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat.

Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini:


اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.


Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”

Riwayat Ahmad no.22265


Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:


apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”


tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.


by:ustaz zahazan

Sunday, December 19, 2010

say no to PAK AJI



AWAS ! Bahaya MSG dalam makanan harian anda


"Tambahkan sedikit untuk kelazatan masakan anda!” Demikianlah meyakinkan sekali janji-janji yang memujuk hati segenap surirumah. Penggunaan Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam penyediaan juadah Malaysia bukan lagi asing. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.

Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar-pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri? “Silent Killer”
Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yag diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.


Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.


Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa MSG dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.


Elak sebelum terlambat

Kajian yang pernah dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang ke atas 100 keluarga mendapati 73 daripadanya menggunakan MSG dalam masakan harian, sementara 19 daripada 21 keluarga lagi memberikan MSG kepada anak yang berumur bawah 6 tahun. Ini menunjukkan masyarakat kita secara keseluruhannya menggunakan MSG dalam kehidupan. Itu belum lagi di kalangan peniaga restoran dan warung, serta makanan bertin dan makanan ringan yang ada di pasaran. Bererti, tanpa kita sedari, masyarakat kita sebenarnya sangat terdedah kepada bahaya MSG

Ana postkan artikel ini disebabkan oleh kesedaran yang mendalam terhadap bahaya MSG ataupun ajinamoto...

Kalau makan di kedai makan atau restoran,pasti selepas itu Su dan sekeluarga akan mengalami sakit tekak kerana penangan ini.Mungkin bagi sesetengah keluarga,WAJIB ajinamoto dalam setiap masakan..

Bagi family,Su...Su dan umi tidak mengamalkan bahan perasa..cukuplah gula dan garam...masakan masih lagi sedap..cubalah..malah lagi sedap daripada yang ditambah dengan perasa.

Bahan perasa lain seperti perasa Meggi ataupun kiub tomyam/ayam atau bahan-bahan masakan yang segera..cuba elakan...cuba cara tradisional untuk menggantikan bahan-bahan diatas..masakan masih lagi sedap kalau tak letak bahan-bahan itu..walaupun mengambil masa sedikit untuk sediakan bahan-bahan itu..tak mengapa..demi kesihatan sekeluarga.

yang penting..masa masak itu cuba ikhlaskan diri...insya allah..segala kasih sayang akan mengalir dalam masakan dan secara tak langsung mengeratkan hubungan antara keluarga.

Ambillah kesempatan masa cuti panjang untuk mempelajari pelbagai perkara..moga-moga cuti ini dapat memberi seribu manfaat kepada kita semua.

p/s:masak tanpa MSG..BEST!!!

Saturday, December 18, 2010



Assalamualaikum...
Alhamdulillah,ALLAH masih panjangkan umurku....adakah umur yg panjang ini dapat ana gunakan untuk beribadat kepadaMu..permudahkan jalanku untuk terus istiqamah dalam menjalani kehidupan yang penuh ranjau dan duri...

Kali ini,Su ingin katakan tentang sesuatu yang mungkin sudah biasa dalam kehidupan kita..

KEIKHLASAN

Apa itu ikhlas?

Ikhlas ialah melakukan sesuatu tanpa balasan atau pujian...dan kita akan rasa ikhlas jika bila ada yang puji atau kritik,kita tidak merasa apa-apa....kita tak terasa riak atau bangga diri bila dipuji dan kita juga tidak terasa sedih atau berdendam jika ada yg kritik..

semua itu,kita dengar dengan rasa terbuka....itulah ikhlas.

Kita juga,tidak mengungkit jika ada permusuhan yng berlaku antara kita dan sahabat kita.Mengungkit segala kebaikan yang kita lakukan dan berikan kepada dia..

"kebaikan orang kepada kita,kita ukir di atas batu tetapi kejahatan yang orang lakukan kepada kita,kita tulis atas pasir"..bila ombak menghempap pantai...akan hilanglah segalanya kejahatan yang kita tulis itu dan terpahat kukuh kebaikannya dia di atas batu itu....

Ikhlas juga akan kita temui dengan membuat sesuatu itu tanpa rasa terbeban dan terpaksa...kita dengan rela hati melakukannya tanpa disuruh dan menawarkan diri untuk berkhidmat tanpa rasa berat hati...

Ikhlas dalam beribadat pula...melakukan segala yang ALLAH perintahkan dengan sepenuh hati dan berserah kepadaNYA....

Ikhlas juga wujud dalam persahabatan...mungkin kita temui rakan yang menikam kita dari belakang atau berhati busuk??

Jika kita ikhlas dalam persahabatan kita dan dia....maafkan segala kesilapan dia...biarlah dia hendak mengata kita atau membongkar rahsia kita..itu hak dia....itu antara dia dan ALLAH...kita dah amanahkan kpdnya..terpulanglah kepadanya untuk membocorkan atau tak.

Kita bukan sempurna..kadang kala kita juga melakukan perkara yang sama tanpa kita sedar...Mungkin dengan sikap shbt kita akan membuka mata kita untuk muhasabah diri kita kembali..adakah kita seorang sahabat yang baik?

Allah lakukan semua ini mesti ada sebab dan hikmahnya...yakinlah ALLAH tak kan jadikan sesuatu dengan sia-sia....DIA yang mengetahui yang terbaik untuk hambanya...

Ikhlas itu boleh dipupuk......dan disemai dalam diri seorang insan yang bergelar manusia....


Mungkin pada mulanya,amat susah...bagaimana nak mulakan ye...

1.Berpura-pura ikhlas....
2.setelah sekian lama kita berpura-pura,kita akan rasa satu perasaan yang aneh dalam diri kita....ALLAH dan bukakan hati kita untuk terima hidayahnya...
3.berdoalah..agar ALLAH sentiasa kurniakan sifat mahmudah dan jauhi sifat mazmumah.
4.Akhirnya,sifat ikhlas dengan sendirinya akan sebati dalam diri kita tanpa perlu berpura-pura...

nak seribu daya..taknak seribu dalih...

p/s:bersahabatlah dengan seikhlas mungkin..jauhilah hasad dengki dan dendam...itu semua bukan penyelesaian masalah tetapi akan membuatkan penyakit hati semakin parah..percayalah...hati tak kan jadi tenteram dan akal juga tak dapat berfikir dengan tenang...maafkan kesilapan mereka...moga ketenangan menjadi milik kita.insya allah.


Wednesday, December 15, 2010

Fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di Bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.

Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Di Lembaga Zakat Selangor (MAIS), kami menerima pembayaran fidyah secara wang tunai dan akan mengagihkan bayaran tersebut kepada fakir dan miskin dalam bentuk beras kepada mereka. Ia perlu dilakukan sebelum 1 Syawal setiap tahun.

Oleh kerana kami perlu melakukan proses pembelian beras dan pengagihan, diharapkan pembayar tidak membuat bayaran fidyah di saat-saat akhir seperti di penghujung bulan Ramadhan kerana proses agihan memerlukan waktu untuk mengagihkannya. Contohnya bayaran pada akhir Ramadhan adalah mustahil untuk LZS (MAIS) menyerahkan beras kepada fakir dan miskin sebelum 1 Syawal tahun tersebut

Golongan yang dikenakan pembayaran Fidyah:

Bil.GolonganFidyah
1.Orang yang meninggalkan puasa kerana uzur syarie atau sengaja.Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan akan datang, sekiranya masih belum mengqadha maka dikenakan fidyah.
2.Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu mengqadha puasanya.
3.

Ibu hamil/ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan : i. Kandungan terjejas ii. Air susunya kering

iii.Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya

Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang. Sekiaranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda.

Wajib qadha sebelum Ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah.


untuk kiraan zakat fidyah dengan kalkulator di bawah:




atau





Jadual wajib fidyah. Sila lihat di atas lebih terperinci

Puasa atau qada’fidyahCatatan
1. Orang yang mati ada meningalkan puasa dengan uzur ada masa qada’Harus diqada’ oleh wali dan tidak wajib fidyahWajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh waliHarus orang lain mengqada’ puasa dengan izin wali
2. Orang mati meningal puasa dengan tiada uzur tiada masa qada’Harus diqada’ oleh wali dan tidak wajib fidyahWajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh waliHarus orang lain mengqada’ puasa dengan izin wali
3. Orang yang mati ada puasa nazar dan ada masa berpuasa tetapi tidak puasaHarus dipuasa oleh wali dan tidak wajib fidyahWajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh waliHarus orang lain berpuasa dengan izin wali
4. Orang yang ada puasa kafarah ada masa berpuasa tetapi tidak puasaHarus dipuasa oleh wali dan tidak wajib fidyahWajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh waliHarus orang lain berpuasa dengan izin wali
5. Orang yang melewatkan qada’ puasanyaWajib qada’ puasaWajib satu cupak bagi setiap hari mengikut tempoh kelewatanSekira dia mati dan puasa yang dilewatkan melangkau satu ramadan wajib dua cupak
6. Perempuan yang takut mudarat anak dalam kandungan shj.Wajib qada’ puasaWajib satu cupak bagi setiap hari
7. Perempuan yang takut mudarat anak yang disusu shj.Wajib qada’ puasaWajib satu cupak bagi setiap hari
8. Orang yang terlalu tua tidak mampu berpuasa Wajib satu cupak bagi setiap hariSekiranya dia boleh berpuasa kemudian nya dia tidak wajib qada’
9. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dan tidak mampu berpuasa Wajib satu cupak bagi setiap hariSekiranya dia boleh berpuasa kemudian nya dia tidak wajib qada’
10. Orang yang berbuak puasa ramadan kerana menolong orang dalam bahayaWajib qada’ puasaWajib satu cupak bagi setiap hari

Mereka yang tidak wajib membayar fidyah kerana meningalkan puasa.

1. Orang yang meningalkan puasa ramadan dengan sebab uzur dan dia tidak ada masa mengqada’nya sehinga dia mati. Contoh tidak ada masa mengqada’, seperti dia mati selepas ramadan, atau berkekalan sakit sehinga dia mati.

2. Orang yang ada puasa nazar dan dia tidak ada masa memperbuatnya sehinga dia mati. Contoh seorang yang bernazar sekiranya dapat anak dia akan berpuasa selama tiga hari, kemudian dia pun mendapat anak dan dia mati pada keesokkan harinya atau sakit pada keesokkan harinya sehinga mati maka tidak perlu dikeluarkan fidyah kerana dia tidak ada masa memperbuatnya.

3. Orang yang ada puasa kafarah dan di tidak sempat memperbuatnya dan dia pun mati atau sakit berterusan sehinga mati.

4. Perempuan yang menyusukan anak yang takut mudarat pada dirinya atau yang takut mudarat pada dirinya dan anak yang disusuinya.

5. Perempuan hamil yang takut mudarat dirinya atau mudarat dirinya dan anak di dalam kandungannya.

6. Perempuan yang meningalkan puasa ramadan dan dia tidak dapat mengqada’nya dengan sebab menyusukan anak atau hamil sehinga berselang beberapa ramadan. Perempuan ini tidak perlu membayar fidyah dan dia hanya perlu mengqad’ puasanya sahaja. Contoh, seorang perempuan beranak sebelum ramadan dan dia tidak berpuasa kerana dia di dalam nifas, setelah ramadan darahnya berhenti dan dia sedang menyusukan anak, dalam masa dia menyusukan anaknya dia hamil dan seterusnya dia beranak, dan masuk ramadan yang lain sedangkan dia tidak mengqada’ puasanya yang telah dia tingalkan kemudian dia menyusukan anak lagi begitulah seterusnya sehinga beberapa tahun. Oleh kerana dia hamil dan menyusukan anak maka dia dikira ada uzur. Dan dia boleh (tidak berdosa) menanguhkan qada puasanya sehinga masuk ramadan yang lain.

http://almalakawi.wordpress.com/2009/08/04/fidyah-kerana-meningalkan-puasa/