AWAS ! Bahaya MSG dalam makanan harian anda
"Tambahkan sedikit untuk kelazatan masakan anda!” Demikianlah meyakinkan sekali janji-janji yang memujuk hati segenap surirumah. Penggunaan Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam penyediaan juadah Malaysia bukan lagi asing. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.
Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar-pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri? “Silent Killer”
Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yag diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.
Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.
Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa MSG dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.
Elak sebelum terlambat
Kajian yang pernah dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang ke atas 100 keluarga mendapati 73 daripadanya menggunakan MSG dalam masakan harian, sementara 19 daripada 21 keluarga lagi memberikan MSG kepada anak yang berumur bawah 6 tahun. Ini menunjukkan masyarakat kita secara keseluruhannya menggunakan MSG dalam kehidupan. Itu belum lagi di kalangan peniaga restoran dan warung, serta makanan bertin dan makanan ringan yang ada di pasaran. Bererti, tanpa kita sedari, masyarakat kita sebenarnya sangat terdedah kepada bahaya MSG
Ana postkan artikel ini disebabkan oleh kesedaran yang mendalam terhadap bahaya MSG ataupun ajinamoto...
Kalau makan di kedai makan atau restoran,pasti selepas itu Su dan sekeluarga akan mengalami sakit tekak kerana penangan ini.Mungkin bagi sesetengah keluarga,WAJIB ajinamoto dalam setiap masakan..
Bagi family,Su...Su dan umi tidak mengamalkan bahan perasa..cukuplah gula dan garam...masakan masih lagi sedap..cubalah..malah lagi sedap daripada yang ditambah dengan perasa.
Bahan perasa lain seperti perasa Meggi ataupun kiub tomyam/ayam atau bahan-bahan masakan yang segera..cuba elakan...cuba cara tradisional untuk menggantikan bahan-bahan diatas..masakan masih lagi sedap kalau tak letak bahan-bahan itu..walaupun mengambil masa sedikit untuk sediakan bahan-bahan itu..tak mengapa..demi kesihatan sekeluarga.
yang penting..masa masak itu cuba ikhlaskan diri...insya allah..segala kasih sayang akan mengalir dalam masakan dan secara tak langsung mengeratkan hubungan antara keluarga.
Ambillah kesempatan masa cuti panjang untuk mempelajari pelbagai perkara..moga-moga cuti ini dapat memberi seribu manfaat kepada kita semua.
p/s:masak tanpa MSG..BEST!!!
No comments:
Post a Comment