Salam 1 Muharram 1432H
Pagi ni,alhamdulillah Su sempat menerima tetamu daripada Kedah..sahabat di IPG..semoga kedatangannya dapat mengeratkan ukhwah yg terbina ini....sempat menjamunya dengan nasi dagang dan pulut lepa@panggang...
Semalam,Su sempat menonton satu cerita kt TV3 tajuk 'dakwah Muharram'..karya Eirma Fatima dan lakonan hebat Aqasha...
Cerita ini,bagi Su sungguh menyentuh hati dan berkesan,sekalung tahniah kat kak Eirma kerna dapat menghasilkan satu cerita yang berunsurkan dakwah.
sedikit sinopsis tentang cerita tu:
Telefilem ini mengisahkan Sulaiman, anak kepada Haji Darus yang menjadi kebanggaan kampung kerana berkelulusan Dakwah Usuluddin dari Universiti Al-Azhar. Apabila Sulaiman pulang ke Malaysia, pergerakan adiknya, Rizwan, menjadi terbatas. Rizwan terpaksa menipu untuk berlatih muzik kerana Sulaiman mengambil berat kegiatan adik-adiknya.
Sulaiman yang menyedari keadaan ini membuat keputusan untuk menyertai Rizwan dan kawan-kawannya. Rizwan seakan-akan tidak percaya apabila abangnya ingin berbuat demikian. Telefilem ini dilakonkan oleh Aqasha, Ahmad Tarmimi Siregar, Lydiawati, Amir Sofaz dan Fasha Sandha.

Dalam berdakwah,tak semestinya kita di takuk lama...masyarakat kita sentiasa berubah mengikut arus semasa..so,dalam berdakwah pun kena berubah cara penyampaiannya mengikut sasaran kita untuk berdakwah..
Pe pun..telefilem ini BEST..
P/s:still searching the ending song for this telefilm...anyone has?can share pls...^_^
No comments:
Post a Comment