Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menipu diri sendiri, jangan jadikan kami sebagai orang-orang yang rakus dengan dunia, jangan kau jadikan segala kenikmatan menjadi pemberat langkah kami untuk menuju jalanMu. Jadikan kami sebagai orang-orang yang kau selamatkan dari tipu daya dunia. Jauhkanlah kami dari kemalasan, kebakhilan, kesombongan, ujub, riya’, sum’ah, ketakutan, kongkongan hutang dan finah manusia. Jadikan kami kuat di hadapan manusia, walau kami tahu lemahnya kami di hadapanMu

Wednesday, December 15, 2010

Fidyah

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di Bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.

Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Di Lembaga Zakat Selangor (MAIS), kami menerima pembayaran fidyah secara wang tunai dan akan mengagihkan bayaran tersebut kepada fakir dan miskin dalam bentuk beras kepada mereka. Ia perlu dilakukan sebelum 1 Syawal setiap tahun.

Oleh kerana kami perlu melakukan proses pembelian beras dan pengagihan, diharapkan pembayar tidak membuat bayaran fidyah di saat-saat akhir seperti di penghujung bulan Ramadhan kerana proses agihan memerlukan waktu untuk mengagihkannya. Contohnya bayaran pada akhir Ramadhan adalah mustahil untuk LZS (MAIS) menyerahkan beras kepada fakir dan miskin sebelum 1 Syawal tahun tersebut

Golongan yang dikenakan pembayaran Fidyah:

Bil.GolonganFidyah
1.Orang yang meninggalkan puasa kerana uzur syarie atau sengaja.Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan akan datang, sekiranya masih belum mengqadha maka dikenakan fidyah.
2.Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa.Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu mengqadha puasanya.
3.

Ibu hamil/ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan : i. Kandungan terjejas ii. Air susunya kering

iii.Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya

Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang. Sekiaranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda.

Wajib qadha sebelum Ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah.


untuk kiraan zakat fidyah dengan kalkulator di bawah:




atau





Jadual wajib fidyah. Sila lihat di atas lebih terperinci

Puasa atau qada’fidyahCatatan
1. Orang yang mati ada meningalkan puasa dengan uzur ada masa qada’Harus diqada’ oleh wali dan tidak wajib fidyahWajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh waliHarus orang lain mengqada’ puasa dengan izin wali
2. Orang mati meningal puasa dengan tiada uzur tiada masa qada’Harus diqada’ oleh wali dan tidak wajib fidyahWajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh waliHarus orang lain mengqada’ puasa dengan izin wali
3. Orang yang mati ada puasa nazar dan ada masa berpuasa tetapi tidak puasaHarus dipuasa oleh wali dan tidak wajib fidyahWajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh waliHarus orang lain berpuasa dengan izin wali
4. Orang yang ada puasa kafarah ada masa berpuasa tetapi tidak puasaHarus dipuasa oleh wali dan tidak wajib fidyahWajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh waliHarus orang lain berpuasa dengan izin wali
5. Orang yang melewatkan qada’ puasanyaWajib qada’ puasaWajib satu cupak bagi setiap hari mengikut tempoh kelewatanSekira dia mati dan puasa yang dilewatkan melangkau satu ramadan wajib dua cupak
6. Perempuan yang takut mudarat anak dalam kandungan shj.Wajib qada’ puasaWajib satu cupak bagi setiap hari
7. Perempuan yang takut mudarat anak yang disusu shj.Wajib qada’ puasaWajib satu cupak bagi setiap hari
8. Orang yang terlalu tua tidak mampu berpuasa Wajib satu cupak bagi setiap hariSekiranya dia boleh berpuasa kemudian nya dia tidak wajib qada’
9. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dan tidak mampu berpuasa Wajib satu cupak bagi setiap hariSekiranya dia boleh berpuasa kemudian nya dia tidak wajib qada’
10. Orang yang berbuak puasa ramadan kerana menolong orang dalam bahayaWajib qada’ puasaWajib satu cupak bagi setiap hari

Mereka yang tidak wajib membayar fidyah kerana meningalkan puasa.

1. Orang yang meningalkan puasa ramadan dengan sebab uzur dan dia tidak ada masa mengqada’nya sehinga dia mati. Contoh tidak ada masa mengqada’, seperti dia mati selepas ramadan, atau berkekalan sakit sehinga dia mati.

2. Orang yang ada puasa nazar dan dia tidak ada masa memperbuatnya sehinga dia mati. Contoh seorang yang bernazar sekiranya dapat anak dia akan berpuasa selama tiga hari, kemudian dia pun mendapat anak dan dia mati pada keesokkan harinya atau sakit pada keesokkan harinya sehinga mati maka tidak perlu dikeluarkan fidyah kerana dia tidak ada masa memperbuatnya.

3. Orang yang ada puasa kafarah dan di tidak sempat memperbuatnya dan dia pun mati atau sakit berterusan sehinga mati.

4. Perempuan yang menyusukan anak yang takut mudarat pada dirinya atau yang takut mudarat pada dirinya dan anak yang disusuinya.

5. Perempuan hamil yang takut mudarat dirinya atau mudarat dirinya dan anak di dalam kandungannya.

6. Perempuan yang meningalkan puasa ramadan dan dia tidak dapat mengqada’nya dengan sebab menyusukan anak atau hamil sehinga berselang beberapa ramadan. Perempuan ini tidak perlu membayar fidyah dan dia hanya perlu mengqad’ puasanya sahaja. Contoh, seorang perempuan beranak sebelum ramadan dan dia tidak berpuasa kerana dia di dalam nifas, setelah ramadan darahnya berhenti dan dia sedang menyusukan anak, dalam masa dia menyusukan anaknya dia hamil dan seterusnya dia beranak, dan masuk ramadan yang lain sedangkan dia tidak mengqada’ puasanya yang telah dia tingalkan kemudian dia menyusukan anak lagi begitulah seterusnya sehinga beberapa tahun. Oleh kerana dia hamil dan menyusukan anak maka dia dikira ada uzur. Dan dia boleh (tidak berdosa) menanguhkan qada puasanya sehinga masuk ramadan yang lain.

http://almalakawi.wordpress.com/2009/08/04/fidyah-kerana-meningalkan-puasa/


No comments:

Post a Comment