Mencari dan terus mencari antara hak dan batil..^_^
Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menipu diri sendiri, jangan jadikan kami sebagai orang-orang yang rakus dengan dunia, jangan kau jadikan segala kenikmatan menjadi pemberat langkah kami untuk menuju jalanMu. Jadikan kami sebagai orang-orang yang kau selamatkan dari tipu daya dunia. Jauhkanlah kami dari kemalasan, kebakhilan, kesombongan, ujub, riya’, sum’ah, ketakutan, kongkongan hutang dan finah manusia. Jadikan kami kuat di hadapan manusia, walau kami tahu lemahnya kami di hadapanMu
Friday, December 31, 2010
M.A.A.F
Thursday, December 30, 2010
KEHIDUPAN
Time to F.O.C.U.S
Wednesday, December 22, 2010
Blog Safe
The following are useful tips to be safe when you are on the Internet: | ||||||||||||||||||||||||||
|
Tuesday, December 21, 2010
Doa mengharap anak / kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat.
Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ.
Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya”
Riwayat Ahmad no.22265
Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan:
“apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?”
tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat.
by:ustaz zahazan
Sunday, December 19, 2010
say no to PAK AJI
AWAS ! Bahaya MSG dalam makanan harian anda
"Tambahkan sedikit untuk kelazatan masakan anda!” Demikianlah meyakinkan sekali janji-janji yang memujuk hati segenap surirumah. Penggunaan Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam penyediaan juadah Malaysia bukan lagi asing. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.
Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar-pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri? “Silent Killer”
Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yag diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.
Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.
Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa MSG dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.
Elak sebelum terlambat
Kajian yang pernah dijalankan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang ke atas 100 keluarga mendapati 73 daripadanya menggunakan MSG dalam masakan harian, sementara 19 daripada 21 keluarga lagi memberikan MSG kepada anak yang berumur bawah 6 tahun. Ini menunjukkan masyarakat kita secara keseluruhannya menggunakan MSG dalam kehidupan. Itu belum lagi di kalangan peniaga restoran dan warung, serta makanan bertin dan makanan ringan yang ada di pasaran. Bererti, tanpa kita sedari, masyarakat kita sebenarnya sangat terdedah kepada bahaya MSG
Saturday, December 18, 2010
Assalamualaikum...
Wednesday, December 15, 2010
Fidyah
Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.
Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Di Lembaga Zakat Selangor (MAIS), kami menerima pembayaran fidyah secara wang tunai dan akan mengagihkan bayaran tersebut kepada fakir dan miskin dalam bentuk beras kepada mereka. Ia perlu dilakukan sebelum 1 Syawal setiap tahun.
Oleh kerana kami perlu melakukan proses pembelian beras dan pengagihan, diharapkan pembayar tidak membuat bayaran fidyah di saat-saat akhir seperti di penghujung bulan Ramadhan kerana proses agihan memerlukan waktu untuk mengagihkannya. Contohnya bayaran pada akhir Ramadhan adalah mustahil untuk LZS (MAIS) menyerahkan beras kepada fakir dan miskin sebelum 1 Syawal tahun tersebut
Golongan yang dikenakan pembayaran Fidyah:
Bil. | Golongan | Fidyah |
1. | Orang yang meninggalkan puasa kerana uzur syarie atau sengaja. | Wajib qadha sebelum datangnya Ramadhan akan datang, sekiranya masih belum mengqadha maka dikenakan fidyah. |
2. | Uzur - tiada kebarangkalian untuk sembuh atau sakit yang disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa. | Fidyah dikenakan pada tahun itu juga dan tidak perlu mengqadha puasanya. |
3. | Ibu hamil/ibu yang menyusukan anak yang tidak berpuasa kerana bimbang akan : i. Kandungan terjejas ii. Air susunya kering iii.Sekiranya tidak berpuasa kerana dirinya | Fidyah dikenakan pada tahun itu juga. Hendaklah diqadha sebelum melangkah Ramadhan akan datang. Sekiaranya tidak mengqadha puasa sehingga masuknya Ramadhan, maka dikenakan fidyah berganda. Wajib qadha sebelum Ramadhan akan datang dan sekiranya masih belum mengqadha maka barulah dikenakan fidyah. |
Jadual wajib fidyah. Sila lihat di atas lebih terperinci
Puasa atau qada’ | fidyah | Catatan | |
1. Orang yang mati ada meningalkan puasa dengan uzur ada masa qada’ | Harus diqada’ oleh wali dan tidak wajib fidyah | Wajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh wali | Harus orang lain mengqada’ puasa dengan izin wali |
2. Orang mati meningal puasa dengan tiada uzur tiada masa qada’ | Harus diqada’ oleh wali dan tidak wajib fidyah | Wajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh wali | Harus orang lain mengqada’ puasa dengan izin wali |
3. Orang yang mati ada puasa nazar dan ada masa berpuasa tetapi tidak puasa | Harus dipuasa oleh wali dan tidak wajib fidyah | Wajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh wali | Harus orang lain berpuasa dengan izin wali |
4. Orang yang ada puasa kafarah ada masa berpuasa tetapi tidak puasa | Harus dipuasa oleh wali dan tidak wajib fidyah | Wajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh wali | Harus orang lain berpuasa dengan izin wali |
5. Orang yang melewatkan qada’ puasanya | Wajib qada’ puasa | Wajib satu cupak bagi setiap hari mengikut tempoh kelewatan | Sekira dia mati dan puasa yang dilewatkan melangkau satu ramadan wajib dua cupak |
6. Perempuan yang takut mudarat anak dalam kandungan shj. | Wajib qada’ puasa | Wajib satu cupak bagi setiap hari | |
7. Perempuan yang takut mudarat anak yang disusu shj. | Wajib qada’ puasa | Wajib satu cupak bagi setiap hari | |
8. Orang yang terlalu tua tidak mampu berpuasa | Wajib satu cupak bagi setiap hari | Sekiranya dia boleh berpuasa kemudian nya dia tidak wajib qada’ | |
9. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dan tidak mampu berpuasa | Wajib satu cupak bagi setiap hari | Sekiranya dia boleh berpuasa kemudian nya dia tidak wajib qada’ | |
10. Orang yang berbuak puasa ramadan kerana menolong orang dalam bahaya | Wajib qada’ puasa | Wajib satu cupak bagi setiap hari |
Mereka yang tidak wajib membayar fidyah kerana meningalkan puasa.
1. Orang yang meningalkan puasa ramadan dengan sebab uzur dan dia tidak ada masa mengqada’nya sehinga dia mati. Contoh tidak ada masa mengqada’, seperti dia mati selepas ramadan, atau berkekalan sakit sehinga dia mati.
2. Orang yang ada puasa nazar dan dia tidak ada masa memperbuatnya sehinga dia mati. Contoh seorang yang bernazar sekiranya dapat anak dia akan berpuasa selama tiga hari, kemudian dia pun mendapat anak dan dia mati pada keesokkan harinya atau sakit pada keesokkan harinya sehinga mati maka tidak perlu dikeluarkan fidyah kerana dia tidak ada masa memperbuatnya.
3. Orang yang ada puasa kafarah dan di tidak sempat memperbuatnya dan dia pun mati atau sakit berterusan sehinga mati.
4. Perempuan yang menyusukan anak yang takut mudarat pada dirinya atau yang takut mudarat pada dirinya dan anak yang disusuinya.
5. Perempuan hamil yang takut mudarat dirinya atau mudarat dirinya dan anak di dalam kandungannya.
6. Perempuan yang meningalkan puasa ramadan dan dia tidak dapat mengqada’nya dengan sebab menyusukan anak atau hamil sehinga berselang beberapa ramadan. Perempuan ini tidak perlu membayar fidyah dan dia hanya perlu mengqad’ puasanya sahaja. Contoh, seorang perempuan beranak sebelum ramadan dan dia tidak berpuasa kerana dia di dalam nifas, setelah ramadan darahnya berhenti dan dia sedang menyusukan anak, dalam masa dia menyusukan anaknya dia hamil dan seterusnya dia beranak, dan masuk ramadan yang lain sedangkan dia tidak mengqada’ puasanya yang telah dia tingalkan kemudian dia menyusukan anak lagi begitulah seterusnya sehinga beberapa tahun. Oleh kerana dia hamil dan menyusukan anak maka dia dikira ada uzur. Dan dia boleh (tidak berdosa) menanguhkan qada puasanya sehinga masuk ramadan yang lain.
http://almalakawi.wordpress.com/2009/08/04/fidyah-kerana-meningalkan-puasa/